Followers

..:: jOm P mELAKA jOm ::..

Arini tanak cite sal Danish, nak cite lain lak, weeee~
Lepas raya aji aritu, i dok pikir-pikr skull holiday ni nak g mana erk.. Kalau balik kg lame-lame sangat, org kg bosan lak tgk muka i..phewwww~ I bagi cadangan kat incik hubby

Saya : b, cuti skul ni ada plan nak g mana-mana x?

hubby : Xde

Saya : Kita p Melaka nak x?

Hubby : Boleh

Saya : Tapi kita dok otel tau b, tanak la dok umah k.ani tau, nanti kalau kita 
              nak stay lama cket, hari selebihnya kita dok la umah k. ani. eh.. 

Hubby : Boleh sangat sangat

Saya : yEAy!!!!!

sUKE!!! sUKE!!! sUKE!!! heeee... Kak ani tu kakak incik hubby.. Masa kitaorang belum kawen dulu, kat umah k.ani la tempat kami meyinggah sambil berdating.. Bile dah kawen, xnak p pulak kan.. (lupe daratan btoll) 
Bukan macam tu la, no! no! no!, Bukan tanak p, juz x nak stay lama-lama sbb xnak susahkan dorg sekeluarga.. Lagipun kitaorang nak p bercuti,jalan-jalan , keluar masuk x menentu masa, so nanti ape lak kata diorang.. Pastu kalau dok kat umah kakak ipar, mesti nak kena sopan santun, bertatatertib bagai kan... Balik jalan penat-penat x kan terus nak terbugkam atas katil, mesti nak kena borak-borak, tolong-tolong kat dapor bagai kan.. Nasib incik hubby faham.

So pencarian hotel pun bermula lah.. Orang cerewet macam i ni, maunye sminggu membuat survey  sume hotel-hotel yang ada kat melaka tu menerusi incik google.. Muahahahaha... Memang cerewet! Bini sape la ni kan. Kadang incik hubby pun tension dengan perangai i yang satu nih.. Tension pun sayang hokeh!

Cari punye cari, pilih punye pilih, terjah blog situ sini, baca komen customer hotel-hotel berkenaan, dannnnn.... Akhirnyeee, pencarian telah berakhir..

Dan percutian kali ni, kami telah bersetuju untuk pilih budget hotel aje. Sebabnye ialah kerana Melaka ada banyak tempat untuk di terokai.. Walaupun kami dah banyak kali pegi, tapi Danish belum penah pegi lagi kan.. Sah sah la kami xde kat bilik sangat, balik bilik untuk berehat kejap n tido malam je kan. + ada sikit-sikit rasa kedekut..hahaha..Tapi yang penting hotelnye bersih dan selesa.. 

Kali ni kami pilih EURO RICH HOTEL MELAKA.. dari pandangan pelancong yang pernah menginap kat sini, ini komennye..






Ada juga komen yang negatif, tapi mungkin mereka hi-taste sangat kot.. Saya jenis x kisah, janji toilet mesti bersih, itu sangat sangat penting bagi saya..
Papepun,kena pegi sendiri baru tau macam mana kan, harapnye seperti komen-komen di atas la.. Booking dah d buat untuk 3 hari 2 malam..weee~ Serious x sabar!

Eh, kul 12.oo dah, time to punch out..ambik my little hero kat umah bb sitter.. tata~



..:: tips bila anak demam ::..

Salam uolsss..
Da lama x update blog kan..huhu,no mood la bcoz of many many  situation.. (oh my english!)
Entri arini nak cite pasal Danish lagi..hehe, 

Danish tkena cirit-birit + demam panas after raya haji tu ari.. maybe sbb mkn x menentu kot masa perjalanan balik tu ari + jem teruk + cuaca yang tersangat panas.. Sian my little hero nih kan.. Da elok-elok nak berisi sikit, dah demam pulak.. Xpe lah, biasalah tu budak-budak dalam proses nak membesar.. Da sembuh nanti mkn banyak-banyak ye sayang.

Masa sampai Chenor petang tu, dia ok lagi,sihat lagi cergas.. Malam tu, bila papa dah balik raub dia ngamok nak ikot, then dia tertido.. 

Dalam pukul 12.00 mlm, suhu badan dia mula naik n cirit birit mula menyerang..Huuu,panik la i.. Kalau anak demam, mmg tersangat panik n susah ati, ye la, nak kena handle sorang-sorang kan.. + xde pengalaman jaga anak.. (ini la susahnye kalau berjauhan dengan suami..)

So ingat balik tips yang nurse bagi masa danish penah admitted wad dulu, 
*1st bgi ubat, kalau ubat insert kot punggung, lagi cepat berkesan la,then bukak baju dia, kalau suhu panas sangat,bukak semua, tinggalkan pampers je.. Then ambil kain basah letak kat dahi n celah ketiak..Lembapkan kain sekerap mungkin.. Dalam 1 jam,suhu akan turun..



Esoknya demam danish belum baik lagi, maklum lah mummy x bagi dia mkn ubat n malam semalam tertido tanpa menukar kain lembap d kepala n ketiaknye.. Sudahnye bila bangun pagi, danish ke mana, kain lembap ke mana.. Hehe, mummy ngantok + penat kan!

Then papa datang dari raub bawak danish g klinik,.. Yg herannye, bila sampai klinik demam dia ok pulak, maka doc x de la nak insert ubat bontot, juz bagi ubat minum je.. Aduhh,  bukan senang nak bagi dia mkn ubat..


Balik klinik papa bagi danish minum ubat.. Then papa balik raub.. Malam tu suhu badan dia naik lagi..adoiii, panik lagi skali.. Bukan apa,demam panas ni bahaya kalau suhu melampau sangat boleh menyebabkan sawan tarik.
*Trus ingat petua mak mertua, basahkan badan dia dengan air asam jawa, insyaallah suhu turun..
So i pun buat la air asam jawa n lapkan ke seluruh badan danish.. 



Alhamdulillah,suhu makin turun,tapi ada lagi suam-suam kuku. Pagi tu bawak ubat p umah pengasuh dia..

Then, balik keje petang tu, Danish dah baik. Alhamdulillah.. Macam ni la gayanya kalau dah sihat.. Adoiii, aktif x hengatttt! 


Info berkaitan demam panas dari incik google:

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.
2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.
3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat-cepat bawa klinik/hospital..)
4. Kalau anak kecil, merengek ... sebab badan tak selesa...

Apa anda perlu buat kalau anak demam panas?
1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana di waktu malam lagi cepat suhu meningkat.) Suhu normal dalam 36°C. Tetapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C, cepat-cepat balut dia dengan kain basah.

2. Kalau anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dahulu, kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tidak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut, masukkanlah. Kalau tidak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan.

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau perlu, simpan thermometer.


Apa anda perlu buat kalau anak kena Sawan Tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tidak ada ubat buntot di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

**Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.