Followers

hANTAR ADIK IPAR KE KLIA~ POSTING KE SABAH (^___^)

Assalamualaikum semua..

Tanggal 17 Sept yang lalu, kami semua telah membuat rombongan 'che kiah' ke Klia untuk menghantar adik ipar ku yang dapat posting ke Sabah..[Backdated story agaiN...] Huhuhu.. Yang ni adik bongsu incik hubby, aka ciksu lah... Siap amik Cuti Rehat Khas lagi semata-mata nak p hantaq adik ipaq i ni.. Plan p terengganu pun terpaksa di batalkan.. Takpe lah..

Adik ipar i ni, asalnya graduan USIM, ada degree dalam pengajian Al-Quran & As-Sunnah.. Tapi after graduate, susah nak dapat kerja, so dia try la apply JQAF.. Alhamdulillah dapat.. 

Maka pabila keputusan posting keluar, tertera lah penempatan insan terpilih ini adalah di Sabah Negeri di Bawah Bayu.. Takpe lah kat mana-mana pun kan, lagi pun bujang lagi.. Senang.. Allah dah tetapkan Rezeki adik iparku ini di Sabah. Dia terima dengan hati terbuka. Tapi my Mom in Law of cos la sedih sangat-sangat nak melepaskan anak bongsu kesayangannya merantau jauh ke negeri orang.. Huhuhu, ada la sedikit drama air mata berlaku di situ.. Tak pe lah ma, ada rezeki nanti kita terbang p Sabah na.. (^__________^) 
[ Yahooo, pasni adalah alasan untuk pegi sabah.. Hooyeahhh]

Flight cik su pukul 8.25 pagi esoknya. Tapi sehari sebelum tu, mereka semua di arahkan berkumpul di Hotel Sama-Sama  Kuala Lumpur International Airport untuk sesi pendaftaran dan taklimat..  Hotel ni letaknya bersebelahan je dengan KLIA..

Ok tengok antara gambo yang sempat di snap..


Ini sesi menunggu cik su pegi buat pendaftaran. Menunggu lah kami dengan penuh kebosanan.. Huhu, ramai sangat cikgu-cikgu jqaf ni yang dapat posting Sabah..Kesian jugak tengok yang dah kawen ada baby kecik lagi, tapi terpaksa berpisah dek kerana tuntutan kerja demi mencari rezeki yang halal.. Tetiba rasa bersyukur, walaupun i ngn incik suami jauh, tapi still lagi dalam negeri yang sama.. Ya Allah, luluskan lah permohonan pertukaran ku ke Raub hujung Tahun ni.. Rabbi Yassir Wala Tu'assir. Aminn..
Lupe nak habaq, yang duduk tu my mom in law n yang berdiri pakai jubah pink tu adik ipar i, merangkap adik incik hubby yang kedua last.. Yang Segak tu i lerr,sape lagik.. kikikiki

Sedikit Review pasal bilik Hotel ni. Hotel ni bertaraf lima bintang.. Biliknya cantik, dekorasinya agak sama macam The Zenith Hotel Kuantan, tapi bilik kat The Zenith tu luas sket dari bilik ni.. Tapi yang best sangat pasal hotel ni, tang tilamnya nya yang super duper gebuss.. Kalau tido sini memang tak nak bangun la.. Hehehe... Tapi yang tak bestnya, 1 bilik ni syer 3 orang.. Huhu, Cammano nak tido ni ye?? tilam saiz queen ajo..Redha je la..Hehehe

Suasana dalam bilik.. Huhu, ciksu dok melayan danish panjat situ sini


Kalau tak muat nak tido, atas kusi ni pun bolehhh.. Nasib baik cik su kecik aje 


Incik suami sibuk memanjang dengan talipon.. Kalah Menteri


Bilik ini aku yang punyaaa.  -kata danish.. 
Dia memang pantang nampak talipon, mula la tak leh dok diam selagi tak hancur talipon tu di kerjakannya


Me, my MIL, my adik ipar... Yang tudung pink ni la adik ipo i yang akan ke Sabah.. Cikgu wana.. Kecik je orangnya, boleh tertukar cikgu n anak murid ni..heeee
ok,See, sape paling tinggi antara kami.. Haaaa, kan i dah habaq, keluarga incik suami memang semua kurang ketinggian belaka.kikikiki..Termasuk lah jugak darling i sorang tu.. Takpe, orang kata murah rezeki..Aminn..

Turn kami  berdua pulak bergedik santai.. Amik gambo depan cermin uolsss..


Bergambo kenangan sebelum balik.. Bye bye ciksu.. Selamat berbakti di tempat orang.. Nanti danish ajak papa Fly pegi sana ya.. Pleasee papa~ 

2 comments:

Unknown said...

posting ke sana yer...xpe..ada peluang gi jenjalan sana nanti....hehe..cantik Hotel nie...area KLIA yer..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

hee..betul tuh..senanglah nk jalan ke sabah nnti..dah ada org leh jd tour guide..^_^