Followers

^ KEguguran RAmbut SElepas BErsalin ^

Menakotkan!!.. Rambut gugur dengan banyak sekali setiapkali mandi!! kemudian masa sikat rambut.. kemudian selepas bangun tido.. pendek kata setiap masa, banyak pulak tu.. Sebenarnya masalah keguguran rambut ni dah lama,tapi dulu xlah seteruk ni.. yang paling best tu,masa pregnant,rambut langsung x gugur,nak tengok sehelai gugur pun payah.. so ingatkan masalah ni dah settle la..hepi sangat sangat~ Pastu ingat lepas bersalin ni,nak p saloon la buat rambut ala2 korea..haha~ (walaupun muka cam hisdustan..hahaha,suke ati saya la)..mmg la saya bertudung,tapi saje la nak cantik2 utk husband! x salah kan! MCM MANA Niiii

banyak kan!! yg ni juz masa mandi,x masuk yg lain2 lagi tu..bayangkan kalau setiap hari mcm ni????uwaaaa

Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin merupakan keguguran rambut yang biasa pada wanita. Wanita bukan sahaja perlu menjaga anak-anak malah mereka juga perlu menjalankan kerja di rumah dan pejabat. Masalah keguguran rambut merupakan cabaran terbesar bagi mereka!

Apakah keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin?
Wanita dikatakan kelihatan paling berseri semasa mengandung. Rambut adalah cantik dan muka mereka penuh dengan kegembiraan… wanita-wanita ini memang bahagia. Jadi kenapakah masalah keguguran rambut dihadapi? Sebenarnya semasa tempoh hamil, wanita-wanita akan mengambil pelbagai jenis antibiotik. Ini menyebabkan sistem imun dan fungsinya tidak lancar dan seterusnya menyebabkan keguguran rambut. 
Selepas kelahiran anak, jumlah kehilangan darah yang banyak dan perubahan yang besar pada peredaran darah serta kadar metabolisme menyebabkan hormon sukar dilaraskan. 3 hingga 5 bulan selepas bersalin, kira-kira 30% daripada jumlah rambut akan gugur. Wanita-wanita ini juga kehilangan rambut kerana stamina dan kesihatan yang lemah selepas bersalin. 

sumber dari : Yun Nam Hair Care

Orang tua tua kata, rambut akan gugur lepas bersalin bila baby mula menyembur air liur...kalau nak ikotkan mmg la danish banyak sangat sembur air liur skg ni..betul ke mcm tu??
Dan ada jgk orang kata rambut akan kembali pulih seperti biasa bila baby dah berhenti menyembur , x pun pada hari ulang tahun pertama kelahiran baby kita.. huhu, lame lagi tu nak kena tunggu.. bile danish nak berhenti menyembur nih!

5 comments:

Totie@Tomy said...

oict takot pulak aku..kena gi yu nam hair care ar mung lepas ni..hehehe

terpatrisinarabadi said...

tahun pertama lepas bersalin mmg macam tu..makin botak jadinyer ek.sy dulu pon mcm tu..lama2 ok sendiri

myamyza said...

sama dengan situasi kite, dulu sebelum bersalin pun rambut memang gugur banyak, lepas dah bersalin lagi banyak gugur, masa baby umo 5-6 bulan tu memang dia kuat menyembur, tp saya pakai syampoo safi kurma, lepas tu dia dah semakin ok dan sampai sekarang rambut tak banyak gugur lagi, cubalah ye!

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Cube try gune syampu herbal essential warna biru, pati santan kelapa. Coconut milk kalau tak silap, mingkin ok kot.

working mom... said...

Salam,

Biasa masalah rambut gugur ni ader kaitan jugak dgn pemakanan kita.. :)

*salam kenal :)