Followers

Family Day 2013 : Residence Inn, Cherating @ Part Last

Sesi mengupdate ceri basi terus berlangsung di pagi jumaat yang hening ini.. HiHI marathon update blog nampak.. ok NI satu lagi entri yang terperap lama kat draf..Lebih kurang setahun.. X kira, nak jugak pullish..kihkihkih.. 

Pagi tu, sebelum bertolak balik Chenor, kami breakfast dulu kat hotel.. Sebenarnya masa family day aritu, ada dua group yang buat family day kat situ.. Satu group tu x amik pakej breakfast, Kolej kami amik pakej yang ada breakfast.. So, jom makan dulu sblm balik.. Isi perut sebelum membuang tenaga di kolam..


Menu breakfast kat sini ok ok je la.. X banyak pilihan, tapi sedap.. Nasi lemak dia sedap sbb xtra pedas.. Seswai dengan citarasa tekak aku tapi mungkin tidak bagi tekak orang lain.. Lain-lain menu tu biasa la, Ada mee goreng, sosej, bubur nasi, buah-buahan, kuih muih dll.. lupa sudah~

Nasi lemak terlajakkk sedap~


Cafe nya mengadap parking... Sambil makan boleh pantau kereta masing-masing..hihi


Selesai makan, kasi budak comel berendam dalam kolam puas0puas dulu sebelum balik..


Lepas mandi kolam kami terus gerak balik... Alhamdulillah... What agreat family day,  terlebih terkurang tu biasalah kan.. Xde yang perfect kat dunia ni...Papepun kami enjoy kat sini.. Thumbs up utk pihak penganjur.. Arigato Ghozaimas!! tata~

Family Day 2013 : Residence Inn, Cherating @ Part 3

Bosan,takde keje.. Selongkar blog, jumpa entri ni kat draf.. Lama tersimpan.. Entri tahun lepas punya.. Haha, dah jadik pekasam..

Ni masa dinner kolej tahun lepas.. Tahun ni xde dinner..Sobs~

Biar gambar je la yang berbicara .. hihi
Tema dinner malam tu Queen n King kalau tak silap.. Lupe dah.. Kemain hensem anak mummy,siap ber tie bagai, tapi anak orang lain pakai baju tido jek kekdahnya..haha.. Aku first time join dinner kat kolej ni,tak biasa lagi dengan cara dorang kat sini.. Huhu,.. sO dah faham.., Next time x payah la beria sangat cari baju baru..hihi.. Sempoii sudah.. Ada tu siap pakai track suit,selipar jepun siap... Dinner kat hotel kowt... Huawaa~ Apakah???


Antara menu malam tu,.. Ada bbq kat luar, tapi aku x g amik pun.. Ramai sangat beratur




Kualiti gambo kurang memuaskan.. Pkai hp cikai aku ni..


Sape lagi comel, danish ke mummy? Muahahaha


Majlis lambat habis, danish dah mengamok, pastu tido atas papa.. Tapi mummy tetap jugak degil nak tunggu cabutan bertuah.. Kot la bertuah



Skali mmg betul-betul bertuah iolss mlm tu.. Dapat water dispenser.. Ok la kan, daripada xde.. paling bertuah malam tu dapat tv kot klu x silap.. Lupe dah, Ampunnn~

Lepas dah dapat hadiah, terus balik bilik, tak nak tunggu dah walaupun majlis belum selesai.. hihi.. Majlis malam tu habis aroud kul 12 lebih..

Cameron Highlands ~ Taman Agroteknologi Mardi

Assalamualikum.. Salam pagi jumaat yang tenang..

oK, entri kedua cameron Highlands..

Sebelum ke hari kedua, kita selit sikit cerita pasal malam hari pertama..  Entri lepas aku ada cerita pasal aku beli kasut strawberi tu kan.. Haaa, kat sini la.. Lokasinya depan tapak pasar malam brinchang. Tujuan asalnya, nak pegi pasar malam, sbb aku ada terbaca yang kata pasar malam ni di buka setiap hari, tapi masa aku pegi tu x de pulak.. So jalan-jalan cuci mata kat deretan kedai depan tapak pasar malam tu je la.. Kedai-kedai ni ada jual banyak sourvenier.. Murah-murah.. Keychain, fridge magnet korang boleh dapat dengan harga rm 1 je satu.. So sesape yang nak beli buah tangan tu boleh sangat-sangat la. eSp, Budak-budak suka la, boleybagi pd kawan2 kat skolah... Masa kitaorang pegi tu pun ramai rombongan budak-budak sekolah.. 

Budak kecik tu segar bugar lagi matanya masa tu.. Kemain hepi lagik dia

Suasana kat dalam kedai-kedai tu..

Aku tak borong banyak sangat pun, sbb tujuan asal nak beli kasut strawberry tu jek.. tapi terjebak jugak, maka aku belilah fridge magnet n keychain..

Dia pun sibuk memilih..

Ok, hasil membodek papa, anak kesayangan papa nih dapat le topi musang tu.. Tanak bergerak langsung selagi tak beli.. Dah dapat kemain sengih smapai telinga

Lepas dapat topi dia mintak jagung pulak.. Papa layankan je la.. tapi jagung bakar ni serious sedap, Rugi kalau korang tak cuba, manis plus juicy plus fresh.. mmg terbaikkk.. Harga rm 3.50 seketul.. Tapi berbaloi-baloi.. Rasa yang korang xkan dapat kalau kat tempat lain... Sedap weyy.. Serious..

After beli jagung, papa singgah beli power bank, lupe amik gambo sbb masa tu budak kecik tgh mengamok.. Kemudian g makan dan balik tido..hehe


Ok hari kedua di teruskan dengan lawatan ke Taman Agroteknologi Mardi.. Pagi tu kami breakfast mkn megi cup, sbb hotel tu xde sediakan breakfast, pastu dalam kul 9 terus gerak pegi sini..Last aku pegi sini tahun 2008 kalau tak silap, Masa tu lawatan sambil belajar student UPM..  Dan ni kali kedua lah.. Tak banyak yang berubah.. Tetap cantik.. 

Tiket masuk ke sini rm3 dewasa, danish free..

Ok, jom layan gambar.. 







 Geram tgk buah anggur..cantik je.. Tapi tak boleh petik ya..


 Budak over hepi..


 Penat jalan, kami singgah makan strawberi coklat dgn dadih strawberi.. Sedap.. Kat sini korang tak boleh petik strawberi sendiri, boleh tengok jauh-jauh je.. Kalau nak petik strawberi sendiri boleh pegi ke strawbery park atau ladang-ladang strawberi yang berderet kat tepi-tepi jalan sekitar sini..



Papa beli dadih second round. Serious sedap.. wajib try hokeh..

 Kat sini pun ada playground.. Danish ape lagi..., terus tarik tangan mami ke sana

Kat MARDI ni pun ada ladang teh, tapi tak secantik ladang teh boh.. Boleh la nak selfie kat sini, boleh daki naik atas, tapi kami tak pegi pun..huhu..

Penat jalan-jalan sini, kami balik bilik rehat jap sebelum ke destinasi seterusnya Cameron Lavender..

Next entri ya~

~much Love (^_^)~

Cameron Highlands~ Nova Highlands Resort and Residence

Assalamualaikum..

Rindu kat blog bucuk masyam ni.. Banyak gilER kowt cerita nak syer, tapi x sempat.. Walaupun dah basi akan aku update jugak soon..heheh,, bukan pe,memudahkan sesiapa nak buat rujukan.. MAcam aku nih, nak info ringkas pun google.. Kadang bagi kita x penting mana, tapi bagi orang lain info tu amat berguna.. iye kan.. ok dah, melalut..

Semapena cuti Deepavali ritu, kolej iols amik cuti seminggu.. Skool incik hubby pon..yehaa!!.. So, aku ajak incik hubby pegi cameron highlands.. Dah lama jgk plan nak g sini, tapi masa slalu x mengizinkan.. Ini pun last menet punya plan. Lepas dapat persetujuan incik hubby, aku pun terus la menggoogle cari hotel. Part ni yang aku paling cerewet & agak membosankan laki aku..kihkihkih.. nasib dia dah paham sket2 perangai cerewet binik dia.. 5 6 kali aku tanya dia, belum tentu aku booking hotel yang aku tanya tu.. haha.. Setelah 2 hari google, aku pilih hotel ni...Nova Highlands Resort and Residence

Macam biasa, proses membooking di lakukan di booking.com

Aku cerewet.. iye!! aku mmg cerewet.. sebab dah 2 3 kali jugak terkena, tgk dalam gambo kemain comel, bila cek in,, kebersihan sangat-sangat teruk... Iye aku x kisah kalau perabot jenis lama,ok lagi, tapi kalau bab kebersihan mmg no kompromi.. aku x boleh klu x bersih.. teruslah akan meng spoilkan mood.. sBB tu aku rela bersengkang mata menggoogle, baca review bloggers bagi menjamin percutian yg awesome..  Pendapat & cara hidup masing-masing kan..

Malam tu sblm tido aku pesan kat incik hubby, esok nak gerak awal pagi, sbb klu sampai sana lambat, nnt rugi.. Incik hubby kata okey.. 

Pagi tu dalam kul 8 kami dah siap semua, singgah breakfast kat gerai, makan roti canai.. Sampai temerloh, incik hubby singgah kedai tayar, allignment tayar katanya.. Hadoii,aku mmg dah agak, pagi kami akan jadik tengah hari jugak gayanya.. layankan aje la.. Huhu kang demam pulak incik hubby aku nih x dapat pegi kedai kereta 3 hari.. Smpai danish pun dah kenal kedai tayar.. kihihkih..

See,, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

Dalam kul 11 siap, dah settle semua, kami terus gerak ke Cameron Highlands.. Sampai sana dalam kul 2.30.. Kami naik ikut sungai koyan.. Dekat je,jalan pun elok.. Sampai kat atas tu, kami terus cari kedai utk lunch,, tengah hari tu makan nasi kukus, & tapaukan danish nasi grg cina.Harga makanan kat sini ok je, xde la mahal mana.. Biasa biasa je.. Lepas siap makan, kami terus gerak carik hotel, hujan renyai-renyai, sejuk giler..

Alhamdulillah, sampai jugak kami.. Hotel ni lokasinya atas sikit dari hotel Copthorne.. Hotel ni satu bangunan dengan CAMERON sQUARE.. Kawasan baru, belum siap sepenuhnya lagi, lOT-lot kedai dalam tu banyak lagi yang kosong, masing-masing dalam proses renovate.. Maybe dalam 2 3 bulan lagi meriah la tempat ni..



Pemandangan di depan hotel.. projek pembangunan lagi kata atas tu, xtau dorg nak bina ape.. hUWaaa.. Sayangnya bukit tu di gondolkan..  Sobs~

Ruang parking basement..xpayah booking, xpayah risau xde parking kalau nak keluar jalan-jalan.. Luas dan selesa..


lepas parking, terus naik lif ke lobi..

Selesai cek in, badan pun dah penat, terus cari bilik kami.. budak baju kaler merah tu over eksaited.. Hepi kemain dapat jalan..





 Bilik kami 617, keluar lif terus jumpa bilik.. Senang, x payah jalan jauh..



Alhamdulillah, bilik cantik, interior medern.. aku puas hati sangat sangat... Kebersihan mmg tip top.. mungkin sbb hotel ni baru lagi.. 
tIPs jugak utk korang , kalau nak jimat, hotel bajet pun banyak area sini,, pilih hotel baru, inshaa Allah tahap kebersihan memuaskan.. tapi masalah bagi yang berkereta,klu hotel bajet, parking mmg limited la.. Thats why la aku slalu cerewet kalau proses nak membooking hotel. Kadang bilik dah berkenan, parking pulak xde..

Papepun Nova Highlands Resort and Residence ni mmg terbaekk,, puas hati sangat-sangat.. jUz x best sbb xde breakfast je, lain-lain ok.. Tapi sng jgk nak cari makan, ada kedai makan kat bawah ni, harga amat lah berpatutan. Restoran cili hijau kalau x silap..




Hotel kat Cameron Highlands ni mmg xde aircond, paling-paling tak pun ada kipas je.. Ada setengah hotel tu, kipas pun xde.. Jimat kan dorang ni, xpayah susah-susah bayar bil ekon.. Tapi tak yah risau, mmg x perlu pasang ekon pon, kipas yang di sediakan pun buat perhiasan je.. Sejuk giler, tambah time kitaorang pegi ni asek hujan jek sebelah petang.. memang sejuk sangat sangat menusuk ke tulang lah.. kul 12 malam ke atas lagi lah sejuknye!! serious!! 

Dekorasi modern, apartment satu bilik..

Luas, sesuai bagi yang bawak anak kecil, boleh main kejar kejar lagik.. 
Teringin nak arrange satu percutian family kat sini.. Inshaa Allah.. Serious puas hati.. Serious aku dah jatuh cinta dengan tanah Cameron highlands yang sejuk dingin nyaman ni.. Tambah bila sampai ke ladang teh yang subur menghijau tu.. Subhanallah,, indahnya ciptaan Mu Ya Allah.. cerita pasal tu next entri ya~

Nampak tak kasut Strawberi yang super duper comel tu..Comel kan.. Sbb aku tak tahan  sejuk nak pijak lantai, aku ajak incik hubby pegi beli kasut ni.. Kalau tak, mmg x minum susu la danish, mummy duduk jek atas katil x gerak mana mana..hihi.. Dengan adanya kasut strawberi tuh, boleh lah bergerak aktif sket


Pemandangan dari balkoni bilik kami... xberapa nak indah sangat.. hihi.. Depan bilik kami tu nampak Hotel Copthorne.. 

Malam tu kami keluar pegi beli kasut strawberi, kemudian dinner.. Cadangnya nak makan steamboat, sejuk-sejuk gini mmg syok la makan steamboat. Tapi, tak jadi.. Kami pilih kedai makan depan sebuah hotel ni..Aku order bihun sup, incik hubby order chicken chop. Danish lak dah mengamok ajak balik nak tido.Kena makan cepat cepat la gayanya.. tPi hampeh, x sedap langsung. Salah pilih kedai le kami malam tu.. semua makanan tawar macam x letak garam langsung.. Dengan tuan kedai nya tak mesra pelanggan.. Nasib baik mood incik hubby baik malam tu.. mAlas la nak mention nama kedai tu, xnak sekat rezeki orang.. Semoga akak lebih mesra pelanggan la lepas ni.. Tak salah pun senyum kak.. Senyum tu sedekah.. Akak sedekah senyuman,makin banyak rezeki yang masuk nanti.. Inshaa Allah..

Penat berjalan.. Masa utk tido~.. Good Night, Sweet Dream.. Next Entri ya~

~mUch LovE~