Followers

..:: jOm P mELAKA jOm ::..

Arini tanak cite sal Danish, nak cite lain lak, weeee~
Lepas raya aji aritu, i dok pikir-pikr skull holiday ni nak g mana erk.. Kalau balik kg lame-lame sangat, org kg bosan lak tgk muka i..phewwww~ I bagi cadangan kat incik hubby

Saya : b, cuti skul ni ada plan nak g mana-mana x?

hubby : Xde

Saya : Kita p Melaka nak x?

Hubby : Boleh

Saya : Tapi kita dok otel tau b, tanak la dok umah k.ani tau, nanti kalau kita 
              nak stay lama cket, hari selebihnya kita dok la umah k. ani. eh.. 

Hubby : Boleh sangat sangat

Saya : yEAy!!!!!

sUKE!!! sUKE!!! sUKE!!! heeee... Kak ani tu kakak incik hubby.. Masa kitaorang belum kawen dulu, kat umah k.ani la tempat kami meyinggah sambil berdating.. Bile dah kawen, xnak p pulak kan.. (lupe daratan btoll) 
Bukan macam tu la, no! no! no!, Bukan tanak p, juz x nak stay lama-lama sbb xnak susahkan dorg sekeluarga.. Lagipun kitaorang nak p bercuti,jalan-jalan , keluar masuk x menentu masa, so nanti ape lak kata diorang.. Pastu kalau dok kat umah kakak ipar, mesti nak kena sopan santun, bertatatertib bagai kan... Balik jalan penat-penat x kan terus nak terbugkam atas katil, mesti nak kena borak-borak, tolong-tolong kat dapor bagai kan.. Nasib incik hubby faham.

So pencarian hotel pun bermula lah.. Orang cerewet macam i ni, maunye sminggu membuat survey  sume hotel-hotel yang ada kat melaka tu menerusi incik google.. Muahahahaha... Memang cerewet! Bini sape la ni kan. Kadang incik hubby pun tension dengan perangai i yang satu nih.. Tension pun sayang hokeh!

Cari punye cari, pilih punye pilih, terjah blog situ sini, baca komen customer hotel-hotel berkenaan, dannnnn.... Akhirnyeee, pencarian telah berakhir..

Dan percutian kali ni, kami telah bersetuju untuk pilih budget hotel aje. Sebabnye ialah kerana Melaka ada banyak tempat untuk di terokai.. Walaupun kami dah banyak kali pegi, tapi Danish belum penah pegi lagi kan.. Sah sah la kami xde kat bilik sangat, balik bilik untuk berehat kejap n tido malam je kan. + ada sikit-sikit rasa kedekut..hahaha..Tapi yang penting hotelnye bersih dan selesa.. 

Kali ni kami pilih EURO RICH HOTEL MELAKA.. dari pandangan pelancong yang pernah menginap kat sini, ini komennye..






Ada juga komen yang negatif, tapi mungkin mereka hi-taste sangat kot.. Saya jenis x kisah, janji toilet mesti bersih, itu sangat sangat penting bagi saya..
Papepun,kena pegi sendiri baru tau macam mana kan, harapnye seperti komen-komen di atas la.. Booking dah d buat untuk 3 hari 2 malam..weee~ Serious x sabar!

Eh, kul 12.oo dah, time to punch out..ambik my little hero kat umah bb sitter.. tata~



..:: tips bila anak demam ::..

Salam uolsss..
Da lama x update blog kan..huhu,no mood la bcoz of many many  situation.. (oh my english!)
Entri arini nak cite pasal Danish lagi..hehe, 

Danish tkena cirit-birit + demam panas after raya haji tu ari.. maybe sbb mkn x menentu kot masa perjalanan balik tu ari + jem teruk + cuaca yang tersangat panas.. Sian my little hero nih kan.. Da elok-elok nak berisi sikit, dah demam pulak.. Xpe lah, biasalah tu budak-budak dalam proses nak membesar.. Da sembuh nanti mkn banyak-banyak ye sayang.

Masa sampai Chenor petang tu, dia ok lagi,sihat lagi cergas.. Malam tu, bila papa dah balik raub dia ngamok nak ikot, then dia tertido.. 

Dalam pukul 12.00 mlm, suhu badan dia mula naik n cirit birit mula menyerang..Huuu,panik la i.. Kalau anak demam, mmg tersangat panik n susah ati, ye la, nak kena handle sorang-sorang kan.. + xde pengalaman jaga anak.. (ini la susahnye kalau berjauhan dengan suami..)

So ingat balik tips yang nurse bagi masa danish penah admitted wad dulu, 
*1st bgi ubat, kalau ubat insert kot punggung, lagi cepat berkesan la,then bukak baju dia, kalau suhu panas sangat,bukak semua, tinggalkan pampers je.. Then ambil kain basah letak kat dahi n celah ketiak..Lembapkan kain sekerap mungkin.. Dalam 1 jam,suhu akan turun..



Esoknya demam danish belum baik lagi, maklum lah mummy x bagi dia mkn ubat n malam semalam tertido tanpa menukar kain lembap d kepala n ketiaknye.. Sudahnye bila bangun pagi, danish ke mana, kain lembap ke mana.. Hehe, mummy ngantok + penat kan!

Then papa datang dari raub bawak danish g klinik,.. Yg herannye, bila sampai klinik demam dia ok pulak, maka doc x de la nak insert ubat bontot, juz bagi ubat minum je.. Aduhh,  bukan senang nak bagi dia mkn ubat..


Balik klinik papa bagi danish minum ubat.. Then papa balik raub.. Malam tu suhu badan dia naik lagi..adoiii, panik lagi skali.. Bukan apa,demam panas ni bahaya kalau suhu melampau sangat boleh menyebabkan sawan tarik.
*Trus ingat petua mak mertua, basahkan badan dia dengan air asam jawa, insyaallah suhu turun..
So i pun buat la air asam jawa n lapkan ke seluruh badan danish.. 



Alhamdulillah,suhu makin turun,tapi ada lagi suam-suam kuku. Pagi tu bawak ubat p umah pengasuh dia..

Then, balik keje petang tu, Danish dah baik. Alhamdulillah.. Macam ni la gayanya kalau dah sihat.. Adoiii, aktif x hengatttt! 


Info berkaitan demam panas dari incik google:

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.
2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.
3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat-cepat bawa klinik/hospital..)
4. Kalau anak kecil, merengek ... sebab badan tak selesa...

Apa anda perlu buat kalau anak demam panas?
1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana di waktu malam lagi cepat suhu meningkat.) Suhu normal dalam 36°C. Tetapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C, cepat-cepat balut dia dengan kain basah.

2. Kalau anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dahulu, kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tidak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut, masukkanlah. Kalau tidak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan.

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau perlu, simpan thermometer.


Apa anda perlu buat kalau anak kena Sawan Tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tidak ada ubat buntot di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

**Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

...:: Danish..Danish.. ::..

Sabtu lepas, kami pegi ke Majlis Jamuan Akhir Tahun Sekolah Incik Hubby yang di adakan di Awana Golf n Country Club, Genting hINGLANDS.. Sepanjang majlis berlangsung,anak teruna i ni telah menimbulkan banyak kontroversi..hahahaahaha.. Arini nak tempek gambar-gambar kontroversi yang di cetuskan oleh si comel..Waaa, kecik-kecik dah pandai kontroversi ya sayaNG... tak mau tak mau.. 


Memula sampai,dia dah panas bontot, xleh duduk diam..Adoiii, haru MAJLIS.. kAlau suruh duduk diam-diam, dia menjerit sekuat hati,waaaa, malu la mummy sayang oiii..
Kalau bg dia jalan, abis 1 dewan dia jalan sambil bawak sudu ni, ketuk-ketuk sume benda,,

Semua orang yang dia jumpe dia p tegur, orang layan ke x, dia blakang kire okeh 

Masa i n incik hubby dok sebuk makan-makan, baru perasan Danish hilang..cari punye cari, kat sini upenye dia.. hadoiiiii, Pandai dia cari port,

Seronok betul dia berborak... Danish ni mmg jenis x leh kalau xde kawan..

Dan kemudian, berebut kakak ainina comel pulaks!

 Dapat kat dia hokeh... korang mesti pk bkn-bkn kan tgk pics ni kan...no no no no! ini juz ciuman kasih seorang kakak utk adiknye laaa.. cium dahi je tau.. teknik fotografi yg membuatkan ianye kontroversi..haha...
Kakak ainina ni very lovely, dia sayang danish sangat-sangat, dia pimpin Danish x nak lepas,Danish nak tidopun dia x bagi,hehe.. 

okeh,Abis dah sume kontroversi, papa dah suruh balik

Sebelum balik, singgah bergambar kat strawbery park jap, x masuk dalam pun, sbb da byk kali sangat datang,

Papa ajak naik keta kabel,naik atas,(dia siap belikan sweater utk ank kesayangan dia tu)  tp, i x nak, lagipun musim skrg ni mcm x sesuai nak naik atas kan, sejuk melampau.. Dah x nak  naik atas, dia ajak p kl pulaks, i x nak jugak, hehe, malas nak berpenat-penat..Dalam pada sesi pujuk-memujuk ke kL tuh, Danish mengamuk, puting dia ilang, yes! yes! Maka perlu lah balik terus untuk membeli puting baru danish..hehe.. Dalam perjalanan balik, Danish dok mengamuk aje nak puting, mmg menguji kesabaran.. Akhirnye dia tertido jugak...Sekiann.... ;-)

..:: Danish dah pandai menulis ::..

Danish dah pandai menulis.. teruja sangat!! so sweet la kan.. Makin hari makin bijak si comel nih, nak tinggal p keje jap pun dah rasa rindu sangat-sangat


..::: Star Mall je lah ekk :::..

Salam jumaat yang indah..

Ahad aritu, sebelum incik hubby hantar kitaorang balik Chenor, singgah kat Star Mall kat Mentakab jap, sbb  incik hubby nak beli kasut keja,,, katanye kasut dia daif sangat dah,bocor dah, tambah skang musim ujan, lalu kot air sket, abis basah stokin..heeee,sian papa danish. Almaklum lah, kasut yang dia dok pakai p keja la ni tu ialah kasut yang hantaran masa kawen dulu, Dah 2 tahun lebih la kan, tahan betul kasut tu. Bak kata orang, "alah membeli, menang memakai".. berbaloi-baloi!..

Ini la dia kasut kenangan tu,walaupun dah koyak rabak, simpan tau b.. Sentimental value nih.. ehehe..            
[ lama-lama kang, saya jugak tukang buangnye, heee ]

Sebenarnye memula ari sabtu tu incik hubby ajak p Sogo, dia kata ada jualan murah, i kata xpayah la, stakat nak beli kasut je pun, nanti kena bayar duit minyak lagi, duit tol lagik.. then lame dia dok pikir, dia ajak lagi... tetibe ujan turun dengan lebat, alasan untuk tidak pegi makin kukuh. Weeeee, berjaya...

Esoknye, ari ahad, bangun tido, dia ajak p sogo lagi.. hahaha, kali ni nak bagi alasan ape lak ek... Then i pun pujuk la incik hubby, i kata kita p Star Mall ajaelah, lagipun dah otw balik Chenor, xde la penat sangat nanti kan..  Then, incik hubby pun bersetuju ajelah...

Waaa, pelik kan bila saya menolak ajakan untuk shopping.. haha, bukan ape, sbb dalam kepala xde ape nak beli.. Lagipun, penat la.. Danish makin aktif.. Penat sangat sangat.. Kalau p KL, balik sah-sah malam..penat sangat! Sekali skala boleh la.. Kalau p pun,  jap-jap Danish merengek nak susu, berak la, nak tido la.. nak memilih barang pun x senang.. Sudahnye makan-makan jap,incik hubby ajak  balik... Kalau i shopping, 2 3 jam mmg x cukup,1st nak survey dulu, pastu pilih, pastu fitting, pastu banding-banding,baru beli....haaaa...Sejak ada danish, x pernah lagi i shopping yang betul-betul shopping macam dolu dolu..(sumpah rinduuuuu sangat-sangat time tu, tapi apakan dayaku....),  Tapi xpe la, danish lebih beharga dari apepun kan!. Sudahnyee shopping online ajelah, senang, mudah, cepat.

Panjang pulak mengarut, pendekkan cite, kami ke Star Mall ajelah, dekat.. 45 minit dari Chenor. Kat Star Mall pun ada macam-macam gak, ada cinema, ada bowling.. bole la kan.. walaupun bangunan sekitarnye belum siap sepenuhnye lagi.

Ini la dia... (sumber google)

Danish mcm biasa la, kalau p shopping kompleks, teserlah ke hepiannye..Ke mana tumpahnye kuah kan! Kami singgah beli paratha chicken cheese jap.. 

Awat Danish pakai baju tido? Hee becoz time ni dah pukul 6, mandikan dia siap-siap, balik kang, bagi susu trus tido jek, sonang mak!

Then, tanpa membuang masa, terus menuju ke tujuan asal incik hubby. Danish pun sebok tolong papa pilih kasut

Dia dah start boring dah... sudah...

Pusing-pusing dia jumpe cermin.. ape lagikkk


Haaaa, kan dok bercakap aje depan cermin tu, dia ingat kawan dia kot..hahaha. lawak la danish ni..

Dah bosan situ dia p sini lak..

Suka betul ngan patung ni, layankan aje la..
 Itu je gelagat danish yang sempat d rakam, mcm-macam lagi gelagat si comel ni, tapi mummy kepenatan dok mengejar danish ke hulu ke hilir.. poning mak nak!

Selesai papa beli kasut, kami trus balik..  Kasut baru papa? x sempat nak snap.. nanti-nanti lah ye..hee, tata~

# dalam dok sebuk mengejar Danish, sempat jugak i rembat suar jeans baru 1 tau.. ( xtahan dugaan YOUUU)

::.. my homemade Nasi Ayam ..::

update blog jap sebelum p jaga exam...weeee

Weekend lepas, kami x jalan mana, duduk umah aje.. beristirehat + kemas umah.. bawak danish p taman pun tidak okeh! duduk rumah semata-mata. Almaklum lah, kami kan weekend husband n wife, bila ujung minggu tu, balik umah, slalu tertanye-tanye..ini stor ke rumah ni?? hehe, jgn marah ye darling.. 

Alasan incik hubby ialah dia menghalau tikus,,,kekeke,selalunye dalam kereta, dah dekat nk sampai umah dia akan mula bercerita lah pasal dia menghalau tikus... haha,ini budak manyak nakal..ada je alasan... dan begitulah setiap minggu, berganti bulan, berganti tahun.. ( semoga tahun depan ada rezeki kami dapat duduk 1 rumah)

Ari sabtu malam, incik hubby masak..Macam kebiasaan nye lah, kalau kat umah, dia lah masterchef kami.. Air tangan incik hubby mmg sodappp..i tolong masak nasi jek. 


Menu istimewa malam tu ialah  daging bakar berempah. Mmg terbaekkk lah sambil melayan kemenangan the red warrior + anugerah blokbuster.. 
(resepinya x tau sbb x tgk pun incik hubby masak, weeeee)

Untuk hari ahad lak, i masak nasi ayam special,(tepon my mom mintak resepi)..1 st time buat ni uolsss... Saje la tunjuk bakat, da lame sangat x masak kan, asek bagi suami mkn kedai aje.. Orang kata air tangan isteri pengikat kasih sayang suami.. Insyaallah lepas ni saya akan lebih rajin ke dapur!



Resepi :

1. Rebus ayam dalam air yang agak banyak selama 15 minit. 

2. Ambil ayam yang di rebus tadi, perapkan bersama bawang putih dan halia yang di tumbuk.Masukkan sedikit kicap manis/ sos manis ABC. Perap selama 15 minit. Kemudian goreng.

3. Untuk nasi :
                -tumiskan 2 ulas bawang putih dan  sedikit halia bersama mentega, masukkan beras yang sudah di basuh,gaulkan, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi bersama 2 batang serai yang diketuk.Garam secukup rasa. Masak nasi mcm biasa.

4.Untuk sup :
               -tumiskan 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit halia,sehingga naik bau, kemudian masukkan lebihan air rebusan ayam tadi, masukkan sup bunjut  adabi. Reneh selama 10 minit. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Untuk sambal :
             -masukkan 20 tangkai cili api, bersama 2 ulas bawang putih dan sedikit halia,cuka, garam dan gula secukup rasa. Kisar. Perahkan sedikit limau nipis.

6. Kicap, menggunakan kicap manis yang di campur bersama kicap masin.

7. Sedia untuk di hidang bersama hirisan timun,salad dan tomato..(kurang profesional 
    menulis resepi, ampunnnnn )

~ Impiana Cherating Resort- Day 2 (Part 2)

oKEH, sambung balik entri cherating..
Sesi petang lak diteruskann(lepas tido petang,kepenatan main air).. aktiviti petang lebih kurang je dgn sesi pagi,ada perubahan sket sket aje...

Lepas bangun tido,terus dia cari makanan..hadoii

View dari depan resort..


Sebelum tu kami ke terengganu jap, haha, mcm jauh je kan, padahal 5 minit je dah sampai terengganu.. Kali ni misi incik hubby mencari satar yang sedap kat kemaman.. Kat sini agak meriah dgn gerai-gerai yang menjual hasil laut,keropok lekor,satar,otak-otak.. Hampir sume kedai satar kot incik hubby singgah, tapi komennye,semua kurang memuaskan.. sudahnye i yang tlg habiskan... kolestrol..kolestrol..lepas mkn baru nyesal..kikiki

Kemudian kami ke kuala kemaman, incik hubby nak cari ketam n udang nak buat bbq sambil santai-santai kat pantai, tapi menghampakan,,,kat situ ada jual ikan je,, jenuh jugak la kami pusing-pusing area situ, xde.. so kami batalkan niat ber bbq n terus gerak ke pantai Cherating..
Add caption

Okeh dah sampai..
Kat sini ada gerai-gerai jual souvenir, baju-baju yang bertulis cherating.. Tapi harga boleh tahan mahal jugak la, kena pandai tawar menawar.. Papa belikan danish seluar bunga-bunga.. nak amik feel pantai la kunun..ecehhh


Singgah minum air kelapa.. papa je minum.. i makan jelly kelapa, tp sungguh x sedap.. xde rasa kelapa langsung..

Pantai cherating ni xde la cantik sangat..huhu perlu lebih banyak penambah baikan lagi..

Sudahnye kami balik resort dan danish terjun kolam lagi sekali ,sambil bergaya dgn seluar barunye..heheheh



Comel kan... (perasan)


Pantai kat resort ni lagi best...lagi cantik


Bagi peluang dia main pasir, hepi sungguh

Papa dah kepenatan mandi kolam, danish still bertenaga lagi walaupon dah menggigil kesejukan

Siap ada unggun api tau bila malam... sweet..

Pemandangan dari belakang resort, cantik kan..

Papa ajar danish main buai tradisional..

Okeh dah kepenatan, posing dulu sebelum tido..

Sebenarnya malam tu papa ajak keluar makan  ketam, sbb dia teringin sangat-sangat dah..mengidam...haha Tapi alkisahnye, i cakap nak tido jap eh b sayang, pukul 10 kang i bangun kita p mkn ye.. sbb dah x leh bukak mata sangat dah ni, jeles tengok danish tido... Sudahnye tido sampai pagi..hahahahaha, bangun pagi, incik hubby dah tarik muncung panjang-panjang dah...kekekeke..nak buat mcm mana, terbabas.. isteri dia ni kan mmg ratu tido..eheheeee..maka malam tu incik hubby pun tido dalam kelaparan, dia kata malas nak kua sorang-sorang.... Cian intan payung i... Mintak ampun ye sayang.. ♥