Followers

Spagetthi goreng super yummY

 oKEH, arini entri masak-masak pulak.. Fresh dari oven nih, pukul 6.30 pagi tadi i bangun masakk youuu..

Ceritanya gni, dua tiga ari ni asek terasa nak makan spagetthi jek, nak ajak incik hubby pegi makan kat kedai,dia pulak tak makan western-western gni.. Selagi tak makan,selagi tu dok terbayang-bayang,sampai bawak ke tidur kekdahnya..muahahaha,kes berat nih..Perangai buruk tak habis-habis, asal nak pape, nak terus ada depan mata... I pun terpikirrr why nott masak sendiri jekk kan.., ape guna ko beli dapur kaca mahal-mahal tuh kan kalau sayang nak guna.. (wahh saje jekk nak mention,muahahaha)..Trus menggoogle bahan-bahan n then dengan harapan yang menggunung tinggi, lepas balik keje,trus singgah kedai runcit kat depan ni. Harapnya semua bahan-bahan yang diperlukan tu ada lah di jual.. Maklum lah kedai runcit kampung..

Alhamdulillah, bahan berjaya di beli walaupun brandnye takde pilihan.. Sapu je la yang mana ada.. Janji cukup bahan, juz capsicum jek takde jual kat sini, takpe la,abaikan ..Sebenarnye cadangnye nak masak 1 mei nanti,masa cuti hari buruh. Boleh la makan puas-puas.. Tapi sebab tak menahan sangat, asal masuk dapur je nampak plastik spagetthi memanggil-manggil.. Maka i pun trus tuka plan, masak je la ckit dulu,leh bawak bekal skolah.. Da lama x masak-masak since pindah umah ni, mood memasak belum mari lagi..weeeeeeee.

trettttt..tretttt.. jam loceng berbunyi menandakan sudah pukul 6 pagi, bangun,semayang subuh n terus ke dapur..

Okey ni la gayanye orang yang pertama kali masak spagetthi.. Exited giler, feeling ala ala masterchef gitew.. Handfon kat tepi periuk,asal masuk bahan jek amik gambo..masuk bahan je amik gambo..Muahahahaha

Untuk resepi spagetthi goreng ala campak-campak macam i, ini resepinya..Mudah,simple, tapi sodappp..



Spagetthi di rebus siap-siap pada malam hari untuk menjimatkan masa,Sebab sah-sah I bangun lewat, dah faham sangat perangai sendiri.. Spagetthi ni di rebus bersama satu sudu besar minyak untuk menggelakkan ia melekat antara satu sama lain. Bila dah cukup masak, toskan .

 Ni  ajela sos spagethi dan tomato puree yang ada di jual di kedai runcit kat rumah i ni. Bole la kan, janji halalan toyyiba. Okeh, 2 sudu besar sos spagetthi dan satu sudu besar tomato puree,.. Kalu suka masam boleh lebihkan tomato puree tu.

Seterusnya daging cincang, ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi sedap..Hee, i letak setengah keping jekk, sorang makan je kan

Stengah labu bawang holland di potong dadu, seulas bawang putih di potong dadu, sebiji tomato kecil dipotong dadu jugak dan sekeping sosej dipotong bulat-bulat

 Seterusnya panaskan 2 sudu besar minyak masak

 Masukkan semua bahan yang di potong dadu tadi

 Tumiskan bahan sehingga layu dan naik bau

 Kemudian masukkan daging cincang, gaul rata.. Biarkan seketika.. Tambahkan 3 sudu besar air, kacau rata

Masukkan sosej yang dipotong tadi, gaul rata, biarkan seketika hingga sosej masak

Tengah syok-syok masak, bunyi ada orang ketuk pintu dapur, rupenye anak bujang i dah bangun..Huhhuu.. Punye la masak sopan santun,ketuk kuali pun slow-slow aje x bagi bunyi, bangunn jugakk danish ni..Nasib baik tak mengamok.. Selalu mmg marah kalau nampak i masak.. Seeee, muka budak mamai-mamai mai ketuk pintu

 Sudahnye i cepat-cepat p bentang toto, bukak tv n pasang astro ceria.. Nasib baik dia dok diam je tengok tv..Legaaa.. mummy pun p sambung masak

 Pas masuk sosej tadi  i tambah sedikit air jugak sebab nak pastikan sosej tu betul-betl masak.. Maklumlah, 1st time masak, hentam sajalah labuuu

 Kemudian masukkan 2 sudu besar sos spagethi tadi bersama 1 sudu sudu besar tomato puree.. N jika nak pedas, boleh masukkan sedikit cili giling, huhu, tekak melayu lah katakan, kalau tak makan pedas tak kenyang..Kacau sehingga sebati. Masukkan garam secukup rasa..

 Seterusnya masukkan spagetthi na gaul rata.. 

 sIAp untuk di hidangkan.. Kalau nak lagi cantik ber colourfull, leh masukkan capsicum. I tak masukkan sebab takde di jual di sini..

Tadaaa..siap untuk di bawa bekal ke sekolah.. Alhamdulillah,sedap jugak walaupun baru 1st time masak ni..





Ragam Danish of the MontH

Bulan April hmpir melabuhkan tirainya.. Danish makin membesar dengan sihat dan kuat.. Setahun sembilan bulan..Alhamdulillah..Makin besar,makin banyak akal, makin bertambah lah keje mummy.. Xpe xpe, mummy xkesah sayang~ 
Mengikut pemerhatian saya, danish ni kalau tang wajahnye, memang saling tak tumpah macam papanya.. ala-ala fotostat gitew.. Tapi kalau tang perangainya, banyak ikut perangai mummy.. Yang paling menyerlah sekarang sifat ketelitian nya dalam satu-satu perkara, rajin kemas rumah n pembersih.. Memamng teserlah.. Contohnya,setiap kali nak masuk rumah, dia akan bukak kasut, dan amil kasut tu susun elok-elok kat tepi.. Alhamdulillah.. Contoh lain, kalau time nak mandi,dia kan bukak baju dan cari bakul baju kotor,dan letak baju dia kat situ, if kita letak merata, dia akan marah kita @ dia akan amik n letak dalam bakul..Contoh lain, kalau dia nampak karpet atau tikar terlipat sedikit, dia akan betulkan dengan sendirinya.. Kalau nampak air tumpah,cepat-cepat dia pegi amik tisu dan lap...Perkembangan yang sangat baik..Alhamdulillah, Syukur sangat..

Tapi kadang-kadang tu ada la hal yang boleh menaikkan darah kita, tambah tambah time kita penat-penat lepas balik keje.. biasala, budak-budak kan.. Maka hari ni nak tempek gambar-gambar comel danish sepanjang bulan april~ jom layanssssss


Danish suka main bola,,sampai dalam keta pun main bola

Yang ni paling menyayat hati, bangun tido,siap-siap nak pegi keja, tengok ada surprise dari danish... Huwaaaa,,, beg sembonia mummy nih danishhh... ya Ampunnnnn,, di jadikannya tempat meluahkan kretivitinya

Mummy sibuk kemas barang nak pindah rumah, danish amik kesempatan main bedak.. Habis setengah botol bedak di curahkan.. Sabar mummyyy!!~


Ni masa temankan papa pegi gathering kelab kereta.. Mummy ajak danish pegi mc D, n danish habiskan semua twister fries yang d beli.. Cayalahhhh, pedas pun dia pulun rilek je..

Balik dari mc D, lalu kat depan kedai mainan n danish terus berdiri ,taknak bergerak,, Sudahnye melayang duit mummy RM 18 , beli spiderman tu

Di apit dua awek comel..pheewittt

Danish terpaksa ikut mummy pegi jaga student untuk latihan kadet pertahanan awam selama 4 hari, setiap petang.. Sian anak mummy

Buah-buahan adalah makanan febret danish.. Semua jenis buah.. Yang kaler merah lagi dia suka..Bangun pagi pukul 6.30 pegi tunggu peti sejuk mintak buah pelam.. Hahaha





Semoga danish membesar jadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa, bertanggungjawab, berbakti pada agama bangsa dan negara, serta berjaya di dunia dan d akhirat.. Aminn.
~MUMMY LOVES YOU SO MUCHHH~

Percutian singkat sempena bIRTHdAy INcik hUbbY @ papa DaNISh

Assalamualaikum... nak mengarang entri yang tertunggak..dah agak lama entri ni bersarang kat draf.. Danish dah tido, mata mummy belum ngantuk lagi..

Pada tanggal 2 Mac 2013 yang lalu, kami sefamily (i,hubby n danish) telah meluangkan masa menyambut birthday incik hubby.. Untuk tahun ni, no more hadiah berbungkus besar-besar, no more kek secret recipe,juz spent a beutiful moment at The Zenith Hotel Kuantan.. Maklumlah, kehidupan ber pjj ni. sesekali dapat spent time together, sangatla bermakna..
Alhamdulillah incik hubby suka, danish lagi lah suka.. Adoiii, si kecik ni kann, memang suka betul duduk hotel, kecik-kecik pun dah pandai.. Asal pegi hotel je, hepi lain macam.. 

Hotel ni agak best juga,bertaraf 5 bintang.. tapi kalau nak compare dengan Impiana Cherating, i lagi suka impiana kott, walaupun yg tu juz 4 star..Tapi lokasi Impiana agak pedalaman sikit la berbanding hotel ni yang letaknya kat tengah-tengah bandar metropolitan.

Sepanjang 2 hari 1 malam kami kat sini, xde ape aktiviti sangat , juz ronda-ronda kuantan.. Hotel ni berhadapan dengan shopping complex East Coast Mall,so lepas check in, rehat-rehat jap, kami pun keluar ronda-ronda kat dalam East Coast Mall.. Tak beli ape pun sebab tak rancang nak shopping pun.. Malam lak, incik hubby ajak makan seafood kat tanjung lumpur,Kedai yang kami makan tu namanya Super Top Ikan Bakar kalau tak silap.. Ikan bakarnye mmg terbaikkk lahh.. Sedap sangat-sangat..! nanti kalau datang sini lagi,memang akan terjah ke kedai ni lagikkk

Huhu tanak bebel banyak-banyak, meh layan gambar jommm


Ni kat lobby masa baru nak check in.. Danish suka betul main ikan kat depan ni

nak masuk bilik




makan-makan kat tanjung lumpur

murah sangat makan kat sini, kedai cantik,bersih,makanan pun sedap sangat.. 

Breakfast kat hotel ni agak best,ada macam-macam pilihan makanan



Lepas breakfast, kami nak p terjah kolam.. Tapi alangkah malangnya sebab hari hujan, so tengok aje la..

Sebab tak dapat mandi kolam, so papa pegi gym

danish main kat palyroom sementara tunggu papa pegi bina badan

dah bosan main,danish pun join papa pegi bina badan jugak,heheheh

ni la bilik beradu kami ('___')

Si cOmel ni,asal masuk bilik je, main telepon la kejenya.. 





ni part yang paling danish suka...mandi bath tub..hahaha.. nampaknye papa kena letak bath tub jugak la kat rumah ya

Papa lak main intenet je kejenye.. Almaklumlah kat hotel ni di sediakan internet yang berkelajuan tinggi..


Sekian...huhu,update versi malas-malas gitew...huwaaa bila nak rajin nih..orang berblog,kita pun nak berblog,,tapi sbulan skali je post entri,huuuuuuuuuuuuuuuu~

Bubur Nasi xPress untuk Baby

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak menjenguk ini blog.. Since keje 8am till 5pm ni, penat adalah sangat berganda ganda.. Now masih lagi sedang bereksperimentasi dan mencari cara pengurusan masa yang sesuai.. Almaklum lah,lepas balik keje,sampai je kat umah, sume benda nak buat plus layan karenah danish lagi.. Fenin makkk!! Papepun Syukur kerana masih di kurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa d murahkan rezeki oleh-Nya..


  

Petang tadi, masa tengah masak bubur nasi danish, terfikir lak untuk share cara saya sediakan bubur nasi yang cepat lagi pantas untuk danish.. Sharing is Caring  right.... This entry special dedicate utk para mommies  yang bekerjaya kat luar sana terutamanya yang baru dapat 1st baby.. Mcm saya dulu pun puas jugak la menggoogle n try mcm-mcm cara..

Lepas balik keje,sampai umah pun dah pukul berapa kan.. Penattt sangat.. anak lak merengek-rengek nak makan.. Kadang-kadang kita rasa malas sangat nak layan, dah bagi makan, bersepah pulak, nak kena kemas lak.. adehhh.. pernah jugak saya x layan danish nak mkn bcoz of penat sangat-sangat, juz bagi dia minum susu jekk,, lepas tgk dia tidur, rasa menyesal sangat-sangat..

Sebenarnya kalau ikotkan umur danish dah setahun sembilan bulan, dah boleh makan macam-macam dah.. tapi danish ni sangat memilih makan, macam mummy dia jugak. Dia tak nak makan mengarut-mengarut like roti ke, biskut ke.. dia juz nak makan bubur nasi je, tu pun pilih jugak yang sedap ke tak..

So cara saya, saya sentiasa buat stok bubur nasi untuk 1 minggu trus.. maksudnya, masak siap-siap masa hujung minggu ataupun waktu berkelapangan n then bekukan dalam peti ais.. Biasanya saya akan buat sup ayam atau sup ikan. pastu packing cukup-cukup untuk sekali makan. Untuk nasi lak boleh letak sayur-sayur macam carrot, potong kecik-kecik n reneh bersama  nasi sampai jadi bubur then packing, bekukan.


Yang ni sup ,saya packing agak-agak cukup sekali makan.. huhu saya packing dalam plastik je.. kalau nak packing dalam bekas pun boleh,lagi bagus dan tersusun kemas.. 

yang ni lak nasi yang di reneh hancur macam bubur..


ok, cara nak membuatnye,senang aje.. bila anak nak makan, keluarkan satu bungkus bubur n satu pek nasi, biarkan seketika.. If nak cepat, rendam dalam air.. Then, bila bubur dah cair n nasi pun dah lembik,masukkan kedua-duanya (satukan) ke dalam periuk, panaskan.. Selalunya untuk danish saya akan masak sampai bubur ni jadi agak pekat sedikit untuk menyenangkan proses menyuap n cepat habis...

dannnn, tadaaaaaaaaaaaaaa~

inilah hasilnya..bubur nasi yang sedap,cepat dan di sukai danish

SELAMAT MENCUBA (+_+)