Followers

Spagetthi goreng super yummY

 oKEH, arini entri masak-masak pulak.. Fresh dari oven nih, pukul 6.30 pagi tadi i bangun masakk youuu..

Ceritanya gni, dua tiga ari ni asek terasa nak makan spagetthi jek, nak ajak incik hubby pegi makan kat kedai,dia pulak tak makan western-western gni.. Selagi tak makan,selagi tu dok terbayang-bayang,sampai bawak ke tidur kekdahnya..muahahaha,kes berat nih..Perangai buruk tak habis-habis, asal nak pape, nak terus ada depan mata... I pun terpikirrr why nott masak sendiri jekk kan.., ape guna ko beli dapur kaca mahal-mahal tuh kan kalau sayang nak guna.. (wahh saje jekk nak mention,muahahaha)..Trus menggoogle bahan-bahan n then dengan harapan yang menggunung tinggi, lepas balik keje,trus singgah kedai runcit kat depan ni. Harapnya semua bahan-bahan yang diperlukan tu ada lah di jual.. Maklum lah kedai runcit kampung..

Alhamdulillah, bahan berjaya di beli walaupun brandnye takde pilihan.. Sapu je la yang mana ada.. Janji cukup bahan, juz capsicum jek takde jual kat sini, takpe la,abaikan ..Sebenarnye cadangnye nak masak 1 mei nanti,masa cuti hari buruh. Boleh la makan puas-puas.. Tapi sebab tak menahan sangat, asal masuk dapur je nampak plastik spagetthi memanggil-manggil.. Maka i pun trus tuka plan, masak je la ckit dulu,leh bawak bekal skolah.. Da lama x masak-masak since pindah umah ni, mood memasak belum mari lagi..weeeeeeee.

trettttt..tretttt.. jam loceng berbunyi menandakan sudah pukul 6 pagi, bangun,semayang subuh n terus ke dapur..

Okey ni la gayanye orang yang pertama kali masak spagetthi.. Exited giler, feeling ala ala masterchef gitew.. Handfon kat tepi periuk,asal masuk bahan jek amik gambo..masuk bahan je amik gambo..Muahahahaha

Untuk resepi spagetthi goreng ala campak-campak macam i, ini resepinya..Mudah,simple, tapi sodappp..



Spagetthi di rebus siap-siap pada malam hari untuk menjimatkan masa,Sebab sah-sah I bangun lewat, dah faham sangat perangai sendiri.. Spagetthi ni di rebus bersama satu sudu besar minyak untuk menggelakkan ia melekat antara satu sama lain. Bila dah cukup masak, toskan .

 Ni  ajela sos spagethi dan tomato puree yang ada di jual di kedai runcit kat rumah i ni. Bole la kan, janji halalan toyyiba. Okeh, 2 sudu besar sos spagetthi dan satu sudu besar tomato puree,.. Kalu suka masam boleh lebihkan tomato puree tu.

Seterusnya daging cincang, ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi sedap..Hee, i letak setengah keping jekk, sorang makan je kan

Stengah labu bawang holland di potong dadu, seulas bawang putih di potong dadu, sebiji tomato kecil dipotong dadu jugak dan sekeping sosej dipotong bulat-bulat

 Seterusnya panaskan 2 sudu besar minyak masak

 Masukkan semua bahan yang di potong dadu tadi

 Tumiskan bahan sehingga layu dan naik bau

 Kemudian masukkan daging cincang, gaul rata.. Biarkan seketika.. Tambahkan 3 sudu besar air, kacau rata

Masukkan sosej yang dipotong tadi, gaul rata, biarkan seketika hingga sosej masak

Tengah syok-syok masak, bunyi ada orang ketuk pintu dapur, rupenye anak bujang i dah bangun..Huhhuu.. Punye la masak sopan santun,ketuk kuali pun slow-slow aje x bagi bunyi, bangunn jugakk danish ni..Nasib baik tak mengamok.. Selalu mmg marah kalau nampak i masak.. Seeee, muka budak mamai-mamai mai ketuk pintu

 Sudahnye i cepat-cepat p bentang toto, bukak tv n pasang astro ceria.. Nasib baik dia dok diam je tengok tv..Legaaa.. mummy pun p sambung masak

 Pas masuk sosej tadi  i tambah sedikit air jugak sebab nak pastikan sosej tu betul-betl masak.. Maklumlah, 1st time masak, hentam sajalah labuuu

 Kemudian masukkan 2 sudu besar sos spagethi tadi bersama 1 sudu sudu besar tomato puree.. N jika nak pedas, boleh masukkan sedikit cili giling, huhu, tekak melayu lah katakan, kalau tak makan pedas tak kenyang..Kacau sehingga sebati. Masukkan garam secukup rasa..

 Seterusnya masukkan spagetthi na gaul rata.. 

 sIAp untuk di hidangkan.. Kalau nak lagi cantik ber colourfull, leh masukkan capsicum. I tak masukkan sebab takde di jual di sini..

Tadaaa..siap untuk di bawa bekal ke sekolah.. Alhamdulillah,sedap jugak walaupun baru 1st time masak ni..





2 comments:

LYAfrina said...

sedapnya..sempat lg masak pagi2.. lya mmg xsempat..pagi2 selalu tergocoh sket.. hehe

nik ros said...

rajinya mama danish masak. comel aja danish bgn mamai tu..hahaha