Followers

Bandung~ Sila tunggu kedatangan kami..

Assalamualaikum..
Mata belum ngantuk, Danish dah lena di buai mimpi indah.. Mummy layan tv sorang-sorang, tengok cerekarama kat tv3, Takdir Cinta lakonan Rita Rudaini ngn Afiq Muiz..

Cuti Sekolah dah bermula.. ( bagi sekolah i, next week baru mula bercuti..).. apa plan uollss untuk cuti sekolah kali ni..mesti macam-macam aktiviti kan.. Masa yang di tunggu-tunggu untuk merehatkan badan, menghilangkan stress kerja, mengeratkan silaturrahim.. Kami sekeluarga memilih untuk melancong ke Bandung,Indonesia... Salah satu destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia juga.. Syurga membeli belah katanya..

Teruja!!,,,  Sangat sangat teruja... Seriously.. Sebabnya ni adalah kali pertama i dengan incik suami akan menjejakkan kaki ke negara orang.. Plus, eksaited nak bawak danish naik kapal terbang.. huhew~ mummy pun sebenarnye rindu sangat nak naik flight.. Almaklum la,sejak pindah Pahang ni,dah lama tak jejak kaki ke airport.. Kalau kat Langkawi dulu, airport tu dah jadi tempat wajib pada hari minggu.. Ulang alik balik kL jumpe papa..

Insha Allah, jika di izinkan Allah, kami akan ke sana pada 1 jun 2013 nanti,,tinggal beberapa hari je lagi kan.. Alhamdulillah en. google sangat-sangat membantu.., dah banyak jugak buat kajian tentang tempat-tempat kat sana, terjah blog-blog, kutip sume pengalaman mereka... Inshaa Allah, semoga di permudahkan perjalanan kami di sana, semoga Allah memberkati percutian kami nanti.. Kami akan berada di sana selama 5 hari 4 malam.. Tujuan pergi sana bukan nak shopping semata, juz nak kenal tempat orang, nak tengok budaya masyarakat setempat, nak cuba makanan di sana.

Kalau ada rezeki nanti, teringin nak bawak family pergi melancong ke satu tempat.. bestnye kalau dapat pergi bercuti ramai-ramai dengan family, mesti happening sangat-sangat kan .. Inshaa Allah..Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga.. Ameeen..




Rindu zaman kurusku...sob* sob*

Seriously, bila tengok gambar lama, terasa jauh perbezaannya.. huwaaaaa~ saya nak kurus macam dulu, selim melim gitew haaa... tolon..tolongg!!!

Really miss that moment.. bukan lama pun kan, juz 3 tahun lepas je pun.. After bersalin kan danish, semuanya hanya tinggal kenangan.. Macam mana mau selim melim macam dulu secara natural tanpa menggunakan sebarang ubat kurus.. Chaiyok chaiyokk... anda pasti boleh.. Dulu kalau gemok sangat pun, berat boleh mencecah 48 kg je.. gemuk sangat dah tu...tapi sekarang nih 55 kg..huhuhoii.. x sanggup mak nak menimbang nakkk!!

Dulu, makan la banyak mana pun, tak gemok-gemok jugak... tapi sekarang, makan sikit pun, dah nampak perot menimbul..muehehe... cammana nih, adakah sebab malas pakai bengkung masa dalam pantang dulu?

Seriously semua baju kebaya yang dulunya sangatlah longgar bila di pakai,tapi sekarang, kalau pakai, tak leh nak butang langsung... uwaaaa... Nak pakai kebaya ponnn x boleh sebab akan menampakkan perot ku yang comel itew~.. Dah la sekarang ni tengah glemer dengan peplum.. meleleh air liur mak menengoknyee nakk, tapi apakan dayaku~ hanya mampu melihat.. So, misi nekad kali ini, kempiskan perut,...

Semoga berjaya,,, Inshaa Allah...


Seriously rindu zaman kegemilanganku, selim melim gitew~ (@klcc)

Rindu.. ruindu..rinduu nak kurus camnih.. pic berdating zaman bercinta dolu-dolu (@times square)

Semoga berjaya kurus sebegini kembali... (@jom heboh bukit jalil)

,Lima perbezaan kami~

Arini keje..Sekolah ganti.. Pelajar semua terlibat dengan seminar matematik... so i have no class la today.. Nak berbelog lah.. ehehe.. Sememangnya kalau sekolah ari sabtu,mood kerja memang ke lauttttt..

Da lama sebenarnya terfikir nak tulis entry nih.. okeyyy,perangai i dengan incik suami nih sangat-sangatlah berbeza,, sampaikan i rasa langsung xde persamaan kot.. Tapi elok lah kan, barulah saling melengkapi namanya... Betul tak??

Satu
I ni tersangatlah pendiam berbanding dengan incik suami.. Kalau dalam sehari tak bercakap pun takpe. Bukan tanak bercakap, tapi tak tau nak cakap pe.. Tu pasal lah, bila jumpe orang yang baru kenal,mungkin persepsi pertama orang akan kata i ni sombong bcoz x banyak cakap.. Sebenarnya sangatlah teringin nak jadi peramah, sbb orang peramah ni sangat senang  bergaul dengan orang sekeliling kan dan di senangi.. Tapi apakan daya, dah cuba sedaya upaya tapi x berjaya.. Incik suami lak peramah orangnya, orang yang dia tak kenal pun dia boleh tegur,, pantang jumpe orang mesti pegi tegur.. Sebab tu la i tak ramai kawan berbanding incik suami, telepon nya asek berbunyi je 24 jam.. ehehehe


Dua
Dari segi perbelanjaan pulak i sangat kedekut berbanding incik suami.. Tapi kedekut bertempat la kan... I ni jenis pentingkan kualiti,barangan branded berbanding incik suami dia main sapu je, pantang tengok barang murah.. Incik suami i ni suka sangat beli barang 2nd hand, manakala i pulak tidak akan sama sekali membeli barangan 2nd hand nih.. Contoh macam hp, kereta n lain-lain lagi lah.. Bagi i, daripada beli yang 2nd hand, baik beli baru yang murah-murah ikut kemampuan, janji bukan bekas orang guna.. Huhu..

Tiga
I jenis manusia yang sangat-sangat cerewet, pentingkan kebersihan dan mungkin juga boleh di kategori kan sebagai golongan perfectionist.. Manakala incik suami lak agak serabai orangnya, rumah tungang terbalik macam mana pun dia boleh duduk. Perangai i, i suka tengok barang terletak pada tempatnya.. Di mana kau amik,di situ la kau kena letak balik, kalau tak memang kena berleter lah.. ermmm, tapi tak jugak, dulu masa awal2 kawen, mmg berleter jugak, tapi sekarang dah makin dah faham perangai masing-masing, so kalau nampak barang tidak berada di tempatnya, i akan amik simpankan je lah, dah tau kan incik suami kita bukan perangai macam kita..haha,.. Bayangkan i malas masak sebab takut dapur comot, malas bagi danish makan biskut sebab takut berterabur seluruh rumah.. Seram kannn perangai macam i nih.. Kalau lepas masak, jangan haraplah i akan makan selagi dapur belum kemas, basuh semua periuk belanga.. Berbanding incik suami, dia nak terus makan panas-panas.. Tpi i tak leh, alamat tak tenang lah hati kalau duduk makan dengan dapur bersepah.. Haha pernah sekali, penat sangat keje, lepas minum air, letak cawan dalam sinki n then terus masuk tidur.. sambil tidur sambil pk cawan dalam sinki tuh..sudahnye sejam sudah berlalu tapi tak dapat tidu-tidur jugak gara-gara teringatkan cawan yang belum di basuh.. Maka bangun, basuh cawan, masuk bilik, terus lena sampai pagi.. hahaha..So, memang kena make sure dapur bersih, toilet bersih, ruang tamu bersih baru lah boleh tidur dengan tenang.. 

Empat
Lagi satu pasal makan.. i suka makan western-western gitew, kampung pun makan jugak, budu paling febret,, hehe, tapi incik suami lak tak berapa nak makan western-western nih.. so kalau masak, mmg ikut selera incik suami ajelah,kalau nak western-western, masak time incik suami takde je la..hehe.. I sangat cerewet pasal makan,contoh kalau pergi rumah orang, i akan tengok dulu tahap kebersihan dapur dan tandas rumahnya.. kalau tengok dapurnya failed,tandasnye kotor, mmg i takkan makan ape yang di hidangkan.. Bukan nak berlagak, tapi memang tak boleh nak masuk langsung ke tekak, i akan terbayang-bayang tahap kersihannya.. itulah susahnya perangai cerewet macam i ni.. susah nak amik hati orang.. kadang orang akan terasa, tapi nak buat macam mana,mmg i tak boleh makan.. Sebenarnya tak semestinya rumah baru, besar, mewah baru lah boleh nak bersih, rumah family saya kat kampung pun rumah papan biasa je, tapi kami telah di ajar dari kecil untuk menitik beratkan kebersihan terutamanya kawasan basah seperti dapur dan tandas nih..Semuanya dari dalam diri kita sendiri..disiplin paling penting..Kalau makan kat kedai makan pun sama jugak, i akan jenguk-jenguk dulu dapur dia bersih ke tak.. hadoii mmg cerewet tahap gaban betoii. pernah dulu incik suami bawak pegi makan kat satu kedai tu,mcm ok jugak tempat tu, bila makanan sampai, tengok pinggannye ada hitam-hitam kat tepi, gelasnya pun sama..walaupun sedikit..sudahnye i x makan langsung.. Sekarang, dah hampir masuk 3 tahun usia perkahwinan kami, incik suami pun dah makin faham perangai saya dan saya pun semakin belajar memahami dan menerima perangai suami..

Lima
Incik suami sukakan budak-budak, berbanding i tak pandai sangat melayan budak-budak ni.. Thats why la danish lebih rapat dengan papanya berbanding dengan mummy... Iye lah kan, kalau dengan mummy, semua pun tak boleh.. Kalau dengan papa, nak makan ape pun boleh, nak main ape pun boleh.. Lepas tu mummy yang penat...heee~ xpe lah, untuk perkembangan mental dan fizikal danish jugak kan.. Lagipun kalau semua kemas tersusun elok,mummy lak bosan xde keje nak buat..hehe



Okey dah.. panjang sangat dah entri ni, lain kali lah sambung pulak... 

PERMOHONAN PERJALANAN PEGAWAI AWAM KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

Assalamualaikum.. Salam jumaat semua,, Bosan la, arini takde class.. Curik masa berblog la jap.. ehehe

Okeh, arini nak cerita pasal 'PERMOHONAN PERJALANAN PEGAWAI AWAM KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN"

Borang ini wajib di isi ya oleh semua penjawat awam yang ingin bercuti / melancong ke luar negara atas ursan persendirian dan menggunakan perbelanjaan sendiri.. Borang ni perlu di isi 2 bulan sebelum anda bertolak ke mana-mana destinasi luar negara pilihan anda..Jangan jadi macam i, terlewat isi sebab tak tau pun kena isi borang nih,, huhu, ingatkan beli tiket leh terus terbang je..Rupenye ada prosedur lain lagi.. Tu pun nasib baik incik suami bagitau.. Nasib baik jugak kerani sekolah i x marah,cool jerk dia..tp incik hubby kena marah dengan tuan pengetuanya daaa~ *Nanges

Borang ni boleh di download kat internet ataupun boleh terus mintak kat pejabat tempat anda bekerja.. So sape-sape yang tak tau macam i nih, cepat-cepat lah pegi isi  ya.. inilah contoh borangnya..





So jom plan ur trip now dear~ 

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada Semua Guru di MALAYSIA

Alhamdulillah,tahun ni masuk tahun ke-6 saya menjadi guru.. Mula bertugas pada November 2007 di Langkawi,Kedah kemudian  bertukar ke Chenor,pahang pada November 2011 sehingga sekarang.. Selamat Hari guru juga pada Suami tercinta dan semua guru yang pernah mendidik saya sehingga berjaya menjadi seorang guru juga.... Semoga kita semua menjadi guru yang cemerlang di dunia dan di akhirat.. Insyaallah~

Terima kasih cikgu...