Followers

,Lima perbezaan kami~

Arini keje..Sekolah ganti.. Pelajar semua terlibat dengan seminar matematik... so i have no class la today.. Nak berbelog lah.. ehehe.. Sememangnya kalau sekolah ari sabtu,mood kerja memang ke lauttttt..

Da lama sebenarnya terfikir nak tulis entry nih.. okeyyy,perangai i dengan incik suami nih sangat-sangatlah berbeza,, sampaikan i rasa langsung xde persamaan kot.. Tapi elok lah kan, barulah saling melengkapi namanya... Betul tak??

Satu
I ni tersangatlah pendiam berbanding dengan incik suami.. Kalau dalam sehari tak bercakap pun takpe. Bukan tanak bercakap, tapi tak tau nak cakap pe.. Tu pasal lah, bila jumpe orang yang baru kenal,mungkin persepsi pertama orang akan kata i ni sombong bcoz x banyak cakap.. Sebenarnya sangatlah teringin nak jadi peramah, sbb orang peramah ni sangat senang  bergaul dengan orang sekeliling kan dan di senangi.. Tapi apakan daya, dah cuba sedaya upaya tapi x berjaya.. Incik suami lak peramah orangnya, orang yang dia tak kenal pun dia boleh tegur,, pantang jumpe orang mesti pegi tegur.. Sebab tu la i tak ramai kawan berbanding incik suami, telepon nya asek berbunyi je 24 jam.. ehehehe


Dua
Dari segi perbelanjaan pulak i sangat kedekut berbanding incik suami.. Tapi kedekut bertempat la kan... I ni jenis pentingkan kualiti,barangan branded berbanding incik suami dia main sapu je, pantang tengok barang murah.. Incik suami i ni suka sangat beli barang 2nd hand, manakala i pulak tidak akan sama sekali membeli barangan 2nd hand nih.. Contoh macam hp, kereta n lain-lain lagi lah.. Bagi i, daripada beli yang 2nd hand, baik beli baru yang murah-murah ikut kemampuan, janji bukan bekas orang guna.. Huhu..

Tiga
I jenis manusia yang sangat-sangat cerewet, pentingkan kebersihan dan mungkin juga boleh di kategori kan sebagai golongan perfectionist.. Manakala incik suami lak agak serabai orangnya, rumah tungang terbalik macam mana pun dia boleh duduk. Perangai i, i suka tengok barang terletak pada tempatnya.. Di mana kau amik,di situ la kau kena letak balik, kalau tak memang kena berleter lah.. ermmm, tapi tak jugak, dulu masa awal2 kawen, mmg berleter jugak, tapi sekarang dah makin dah faham perangai masing-masing, so kalau nampak barang tidak berada di tempatnya, i akan amik simpankan je lah, dah tau kan incik suami kita bukan perangai macam kita..haha,.. Bayangkan i malas masak sebab takut dapur comot, malas bagi danish makan biskut sebab takut berterabur seluruh rumah.. Seram kannn perangai macam i nih.. Kalau lepas masak, jangan haraplah i akan makan selagi dapur belum kemas, basuh semua periuk belanga.. Berbanding incik suami, dia nak terus makan panas-panas.. Tpi i tak leh, alamat tak tenang lah hati kalau duduk makan dengan dapur bersepah.. Haha pernah sekali, penat sangat keje, lepas minum air, letak cawan dalam sinki n then terus masuk tidur.. sambil tidur sambil pk cawan dalam sinki tuh..sudahnye sejam sudah berlalu tapi tak dapat tidu-tidur jugak gara-gara teringatkan cawan yang belum di basuh.. Maka bangun, basuh cawan, masuk bilik, terus lena sampai pagi.. hahaha..So, memang kena make sure dapur bersih, toilet bersih, ruang tamu bersih baru lah boleh tidur dengan tenang.. 

Empat
Lagi satu pasal makan.. i suka makan western-western gitew, kampung pun makan jugak, budu paling febret,, hehe, tapi incik suami lak tak berapa nak makan western-western nih.. so kalau masak, mmg ikut selera incik suami ajelah,kalau nak western-western, masak time incik suami takde je la..hehe.. I sangat cerewet pasal makan,contoh kalau pergi rumah orang, i akan tengok dulu tahap kebersihan dapur dan tandas rumahnya.. kalau tengok dapurnya failed,tandasnye kotor, mmg i takkan makan ape yang di hidangkan.. Bukan nak berlagak, tapi memang tak boleh nak masuk langsung ke tekak, i akan terbayang-bayang tahap kersihannya.. itulah susahnya perangai cerewet macam i ni.. susah nak amik hati orang.. kadang orang akan terasa, tapi nak buat macam mana,mmg i tak boleh makan.. Sebenarnya tak semestinya rumah baru, besar, mewah baru lah boleh nak bersih, rumah family saya kat kampung pun rumah papan biasa je, tapi kami telah di ajar dari kecil untuk menitik beratkan kebersihan terutamanya kawasan basah seperti dapur dan tandas nih..Semuanya dari dalam diri kita sendiri..disiplin paling penting..Kalau makan kat kedai makan pun sama jugak, i akan jenguk-jenguk dulu dapur dia bersih ke tak.. hadoii mmg cerewet tahap gaban betoii. pernah dulu incik suami bawak pegi makan kat satu kedai tu,mcm ok jugak tempat tu, bila makanan sampai, tengok pinggannye ada hitam-hitam kat tepi, gelasnya pun sama..walaupun sedikit..sudahnye i x makan langsung.. Sekarang, dah hampir masuk 3 tahun usia perkahwinan kami, incik suami pun dah makin faham perangai saya dan saya pun semakin belajar memahami dan menerima perangai suami..

Lima
Incik suami sukakan budak-budak, berbanding i tak pandai sangat melayan budak-budak ni.. Thats why la danish lebih rapat dengan papanya berbanding dengan mummy... Iye lah kan, kalau dengan mummy, semua pun tak boleh.. Kalau dengan papa, nak makan ape pun boleh, nak main ape pun boleh.. Lepas tu mummy yang penat...heee~ xpe lah, untuk perkembangan mental dan fizikal danish jugak kan.. Lagipun kalau semua kemas tersusun elok,mummy lak bosan xde keje nak buat..hehe



Okey dah.. panjang sangat dah entri ni, lain kali lah sambung pulak... 

2 comments:

nik ros said...

sama perbezaan yg first tu.nik pun pendiam.kikiki
hubby la peramah.kalu boleh semua dia nak tegur.hahaha

QUEEN of Heart said...

haha kalau nik pendiam tu tak setuju.. sebab nik yang jie kenal peramah orangnye..hihi