Followers

Bandung~ Sila tunggu kedatangan kami..

Assalamualaikum..
Mata belum ngantuk, Danish dah lena di buai mimpi indah.. Mummy layan tv sorang-sorang, tengok cerekarama kat tv3, Takdir Cinta lakonan Rita Rudaini ngn Afiq Muiz..

Cuti Sekolah dah bermula.. ( bagi sekolah i, next week baru mula bercuti..).. apa plan uollss untuk cuti sekolah kali ni..mesti macam-macam aktiviti kan.. Masa yang di tunggu-tunggu untuk merehatkan badan, menghilangkan stress kerja, mengeratkan silaturrahim.. Kami sekeluarga memilih untuk melancong ke Bandung,Indonesia... Salah satu destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia juga.. Syurga membeli belah katanya..

Teruja!!,,,  Sangat sangat teruja... Seriously.. Sebabnya ni adalah kali pertama i dengan incik suami akan menjejakkan kaki ke negara orang.. Plus, eksaited nak bawak danish naik kapal terbang.. huhew~ mummy pun sebenarnye rindu sangat nak naik flight.. Almaklum la,sejak pindah Pahang ni,dah lama tak jejak kaki ke airport.. Kalau kat Langkawi dulu, airport tu dah jadi tempat wajib pada hari minggu.. Ulang alik balik kL jumpe papa..

Insha Allah, jika di izinkan Allah, kami akan ke sana pada 1 jun 2013 nanti,,tinggal beberapa hari je lagi kan.. Alhamdulillah en. google sangat-sangat membantu.., dah banyak jugak buat kajian tentang tempat-tempat kat sana, terjah blog-blog, kutip sume pengalaman mereka... Inshaa Allah, semoga di permudahkan perjalanan kami di sana, semoga Allah memberkati percutian kami nanti.. Kami akan berada di sana selama 5 hari 4 malam.. Tujuan pergi sana bukan nak shopping semata, juz nak kenal tempat orang, nak tengok budaya masyarakat setempat, nak cuba makanan di sana.

Kalau ada rezeki nanti, teringin nak bawak family pergi melancong ke satu tempat.. bestnye kalau dapat pergi bercuti ramai-ramai dengan family, mesti happening sangat-sangat kan .. Inshaa Allah..Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga.. Ameeen..




1 comment:

Nik said...

wah..seronok la jiey dapat bercuti jauh2.mesti best kan. nnt update kat blog yea