Followers

Cameron Highlands ~ Taman Agroteknologi Mardi

Assalamualikum.. Salam pagi jumaat yang tenang..

oK, entri kedua cameron Highlands..

Sebelum ke hari kedua, kita selit sikit cerita pasal malam hari pertama..  Entri lepas aku ada cerita pasal aku beli kasut strawberi tu kan.. Haaa, kat sini la.. Lokasinya depan tapak pasar malam brinchang. Tujuan asalnya, nak pegi pasar malam, sbb aku ada terbaca yang kata pasar malam ni di buka setiap hari, tapi masa aku pegi tu x de pulak.. So jalan-jalan cuci mata kat deretan kedai depan tapak pasar malam tu je la.. Kedai-kedai ni ada jual banyak sourvenier.. Murah-murah.. Keychain, fridge magnet korang boleh dapat dengan harga rm 1 je satu.. So sesape yang nak beli buah tangan tu boleh sangat-sangat la. eSp, Budak-budak suka la, boleybagi pd kawan2 kat skolah... Masa kitaorang pegi tu pun ramai rombongan budak-budak sekolah.. 

Budak kecik tu segar bugar lagi matanya masa tu.. Kemain hepi lagik dia

Suasana kat dalam kedai-kedai tu..

Aku tak borong banyak sangat pun, sbb tujuan asal nak beli kasut strawberry tu jek.. tapi terjebak jugak, maka aku belilah fridge magnet n keychain..

Dia pun sibuk memilih..

Ok, hasil membodek papa, anak kesayangan papa nih dapat le topi musang tu.. Tanak bergerak langsung selagi tak beli.. Dah dapat kemain sengih smapai telinga

Lepas dapat topi dia mintak jagung pulak.. Papa layankan je la.. tapi jagung bakar ni serious sedap, Rugi kalau korang tak cuba, manis plus juicy plus fresh.. mmg terbaikkk.. Harga rm 3.50 seketul.. Tapi berbaloi-baloi.. Rasa yang korang xkan dapat kalau kat tempat lain... Sedap weyy.. Serious..

After beli jagung, papa singgah beli power bank, lupe amik gambo sbb masa tu budak kecik tgh mengamok.. Kemudian g makan dan balik tido..hehe


Ok hari kedua di teruskan dengan lawatan ke Taman Agroteknologi Mardi.. Pagi tu kami breakfast mkn megi cup, sbb hotel tu xde sediakan breakfast, pastu dalam kul 9 terus gerak pegi sini..Last aku pegi sini tahun 2008 kalau tak silap, Masa tu lawatan sambil belajar student UPM..  Dan ni kali kedua lah.. Tak banyak yang berubah.. Tetap cantik.. 

Tiket masuk ke sini rm3 dewasa, danish free..

Ok, jom layan gambar.. 







 Geram tgk buah anggur..cantik je.. Tapi tak boleh petik ya..


 Budak over hepi..


 Penat jalan, kami singgah makan strawberi coklat dgn dadih strawberi.. Sedap.. Kat sini korang tak boleh petik strawberi sendiri, boleh tengok jauh-jauh je.. Kalau nak petik strawberi sendiri boleh pegi ke strawbery park atau ladang-ladang strawberi yang berderet kat tepi-tepi jalan sekitar sini..



Papa beli dadih second round. Serious sedap.. wajib try hokeh..

 Kat sini pun ada playground.. Danish ape lagi..., terus tarik tangan mami ke sana

Kat MARDI ni pun ada ladang teh, tapi tak secantik ladang teh boh.. Boleh la nak selfie kat sini, boleh daki naik atas, tapi kami tak pegi pun..huhu..

Penat jalan-jalan sini, kami balik bilik rehat jap sebelum ke destinasi seterusnya Cameron Lavender..

Next entri ya~

~much Love (^_^)~

1 comment:

Siti Asiah said...

pegi cameron tak pernah singgah sini...;)