Followers

Bandung : Part 2~ Arion Swiss-Bellhotel Bandung

Assalamualaikum semua..

Hari ni sy nak syer tentang hotel tempat kami menginap sepanjang 5 hari 4 malam di bandung.. Memang la blog ni tak la ramai sangat followersnye kan..heee...tapi info ni kekadang agak berguna bagi mereka yang suka bertanya encik google untuk survey before pergi melancong ke satu-satu tempat..

Di sana kami sekeluarga memilih untuk menginap di hotel Arion Swiss-Bellhotel Bandung.. Kenapa ya?
Okeh nak cerita .. 1st masa survey hotel-hotel yang ada kat sana, i cuba cari hotel yang berdekatan dengan pasar baru, coz orang kata pasar baru tu tempat shopping paling best kat sana..Jarak dari hotel ke pasar baru hanya 10 minit sahaja dengan berjalan kaki.. Memang dekat.. Kita perlu mendaki jambatan merentasi laluan keretapi dan sampailah ke Pasr Baru..

Google punye google, baca pendapat orang ramai yang pernah pegi sana, maka saya telah memilih hotel ni.. Sebenarnya ada banyak pilihan hotel bajet yang sangat selesa di sana.. Tapi memilkirkan juga kami kat sana agak lama, tambah pula ada anak kecil,, Kalau bilik hotel yang agak sempit, kesian danish lak, dia xleh main-main. Lagi satu, perangai kami ni suka dok lepak lama-lama dalam bilik.. Orang kata kalau p sana, sewa hotel bajet dah la sebab nanti bukan ada kat blik sangat, juz guna untuk tido malam je.. Tapi kami tak macam tu.Tambah lak ada ank kecil..Hehe dah faham sangat perangai kami anak beranak..Keselesaan dan kebersihan sangat lah di utamakan dalam memilih tempat penginapan nih, kalau salah pilih, nanti kang spoil mood holiday lak.. Macam p melaka hujung tahun lepas....(oppsss,entry melaka yang taun lepas belum update lagi ekk..jeng jeng jeng )..  Mood holiday mmg kelautt la masa tu gara-gara salah pilih hotel.. Huuhuu...

Lagi satu faktor saya memilih hotel ni juga sebab ianya termasuk dalam pakej hotel+flight di air asia go... hehe...

So far, sepanjang 4 malam kami di sini,kami agak berpuas hati..Ramai juga orang Malaysia menginap kat sini.. I tengok kat Agoda,hotel ni bertaraf 4 Bintang.. Servis di sini pun kami puas hati.. Siap ada free shuttle untuk ke airport atau di jemput dari airport.. Tapi kami tu hari, naik teksi je dari airport ke hotel. Masa balik je  kami gunakan perkhidmatan shuttle hotel ni..

Okeh, jom layan gambar..Kualiti gambar agak kurang memuaskan sbb kami guna kamera murah aje..Hehe campur-campur ngn kamera hp becoz si manje bucuk-bucuk kami,si danish telah merosakkan kamera papa..Sabor je lah kann~

Ni la bilik kami,yang masih suci lagi murni sebelum di selerakkan oleh danish dan papa danish.. Bilik ni agak luas untuk danish main kejar-kejar ngn papa,dan di sediakan katil bersaiz king , muat la untuk kami bertiga beradu..hehew~

Di Sebelah sudut lain ada di sediakan meja..

Di tepi katil ada di sediakan  dua biji sofa untuk kami bersantai melihat pemandangan luar~

Big bos kami sedat berehat santai menonton cerita kartun versi indon~

Bukak je pintu akan terus nampak almari di sediakan di tepi sebelah kanan, dan satu cermin besar~

Ni bilik air nya.. Agak kecil, tapi kebersihannya di tahap memuaskan..

opsss pic ..18 sx... si comel kami sedang bersiram... Nak mandi aje kejenye~

Salah satu sudut di dalam toilet~

Ni lif di lobi untuk ke bilik..Lif ni bersebelahan cafe~

Disebelah lif ada satu sudut memperagakan pakaian pengantin dan disediakan bangku untuk duduk-duduk~

Ni jalan ke bilik kami~

Ni la tempat kami bersantai untuk berwifi update status..muehehehe.. Sebab kat bilik mmg dapat wifi.,tapi teramat lah slownye.. kalau bawak lappy boleh la cucuk cable intenet berkelajuan tinggi yang di sediakan di setiap bilik, tapi kami tak bawak..huhu, incik suami tersangatla frust nye~

Danish mengintai awek seluar pink lkat luar tu~

Setiap hari kita akan di berikan suratkhabar versi indonesia , lupe lak namanye~

Ohhh, ini YB sedang bercakap talipon, sambil membelek-belek langsir, hahaha, mmg lawak la danish ni..~

Ni la pemandangan indah dari bilik kami..hehehe..Tepi hotel ni kawasan setinggan,,Satu yang menarik perhatian kami ialah penduduk di sini jemur baju kat atas bumbung rumah.. Mungkin sebab kawasan rumah yang agak padat, tiada tempat untuk sidai baju..Danish suka betul tengok.. Bangun tido je teruk selak langsir nak tengok orang jemur kain..~

Ni  kawasan cafe tempat kami breakfast setiap pagi~


Bubur nasi untuk danish..,tapi danish taknak makan pun~

Ini breakfast kami hari pertama, nasi goreng ape tah.. Huhu tekak i memang takleh nak terima langsung.. Ntahla..agaknye masih teringat makan-makan semalam kat restoran ampera tu..trus spoil mood untuk makan,, Incik suami selera je makan~ 
(Nanti next entry i cite sal kami makan-makan kat restoran ampera tu)


Yang ni breakfast kami hari kedua kot kalau tak silap..huhu... yang ni baru lah tekak boleh terima sket-sket~

Yang ni nasi bubur untuk danish.. Alhamdulillah yang ni Danish suka makan~

Yang ni soto untuk danish..Hari ketiga kot..lupe dah..weee~

Okeh, ni pic breakfast hari 1st.. Ingat!! sebab nampak baju danish tuh~

Yang ni breakfast hari kedua~ Si comel makan roti~


Yang ni pic hari pertama breakfast~ huhuhu pic bercampur campur,malas nak susun~

Hari kedua dan ketiga kami breakfast kat tepi ni, syok tengok pemandangan ~

Yang ni dessert febret papa.. jeruk + mayonis..hari-hari dia makan ni~

Yang ni cafe kat lobi..kami lepak-lepak sambil berwifi~


Sampai sini je la dulu.. huhu.. maaf banyak-banyak, gambar tak tersusun ikot hari dan waktu.. main tempek je sbb kekurangan masa untuk berblog..weee
Cerita jalan-jalan next entry ya~

No comments: