Followers

Percutian singkat sempena bIRTHdAy INcik hUbbY @ papa DaNISh

Assalamualaikum... nak mengarang entri yang tertunggak..dah agak lama entri ni bersarang kat draf.. Danish dah tido, mata mummy belum ngantuk lagi..

Pada tanggal 2 Mac 2013 yang lalu, kami sefamily (i,hubby n danish) telah meluangkan masa menyambut birthday incik hubby.. Untuk tahun ni, no more hadiah berbungkus besar-besar, no more kek secret recipe,juz spent a beutiful moment at The Zenith Hotel Kuantan.. Maklumlah, kehidupan ber pjj ni. sesekali dapat spent time together, sangatla bermakna..
Alhamdulillah incik hubby suka, danish lagi lah suka.. Adoiii, si kecik ni kann, memang suka betul duduk hotel, kecik-kecik pun dah pandai.. Asal pegi hotel je, hepi lain macam.. 

Hotel ni agak best juga,bertaraf 5 bintang.. tapi kalau nak compare dengan Impiana Cherating, i lagi suka impiana kott, walaupun yg tu juz 4 star..Tapi lokasi Impiana agak pedalaman sikit la berbanding hotel ni yang letaknya kat tengah-tengah bandar metropolitan.

Sepanjang 2 hari 1 malam kami kat sini, xde ape aktiviti sangat , juz ronda-ronda kuantan.. Hotel ni berhadapan dengan shopping complex East Coast Mall,so lepas check in, rehat-rehat jap, kami pun keluar ronda-ronda kat dalam East Coast Mall.. Tak beli ape pun sebab tak rancang nak shopping pun.. Malam lak, incik hubby ajak makan seafood kat tanjung lumpur,Kedai yang kami makan tu namanya Super Top Ikan Bakar kalau tak silap.. Ikan bakarnye mmg terbaikkk lahh.. Sedap sangat-sangat..! nanti kalau datang sini lagi,memang akan terjah ke kedai ni lagikkk

Huhu tanak bebel banyak-banyak, meh layan gambar jommm


Ni kat lobby masa baru nak check in.. Danish suka betul main ikan kat depan ni

nak masuk bilik




makan-makan kat tanjung lumpur

murah sangat makan kat sini, kedai cantik,bersih,makanan pun sedap sangat.. 

Breakfast kat hotel ni agak best,ada macam-macam pilihan makanan



Lepas breakfast, kami nak p terjah kolam.. Tapi alangkah malangnya sebab hari hujan, so tengok aje la..

Sebab tak dapat mandi kolam, so papa pegi gym

danish main kat palyroom sementara tunggu papa pegi bina badan

dah bosan main,danish pun join papa pegi bina badan jugak,heheheh

ni la bilik beradu kami ('___')

Si cOmel ni,asal masuk bilik je, main telepon la kejenya.. 





ni part yang paling danish suka...mandi bath tub..hahaha.. nampaknye papa kena letak bath tub jugak la kat rumah ya

Papa lak main intenet je kejenye.. Almaklumlah kat hotel ni di sediakan internet yang berkelajuan tinggi..


Sekian...huhu,update versi malas-malas gitew...huwaaa bila nak rajin nih..orang berblog,kita pun nak berblog,,tapi sbulan skali je post entri,huuuuuuuuuuuuuuuu~

2 comments:

Nik said...

wah..seronok la jiey. hotel best tu..hehe

QUEEN of Heart said...

hehe danish yang seronok lebih sebenarnye