Followers

Bubur Nasi xPress untuk Baby

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak menjenguk ini blog.. Since keje 8am till 5pm ni, penat adalah sangat berganda ganda.. Now masih lagi sedang bereksperimentasi dan mencari cara pengurusan masa yang sesuai.. Almaklum lah,lepas balik keje,sampai je kat umah, sume benda nak buat plus layan karenah danish lagi.. Fenin makkk!! Papepun Syukur kerana masih di kurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa d murahkan rezeki oleh-Nya..


  

Petang tadi, masa tengah masak bubur nasi danish, terfikir lak untuk share cara saya sediakan bubur nasi yang cepat lagi pantas untuk danish.. Sharing is Caring  right.... This entry special dedicate utk para mommies  yang bekerjaya kat luar sana terutamanya yang baru dapat 1st baby.. Mcm saya dulu pun puas jugak la menggoogle n try mcm-mcm cara..

Lepas balik keje,sampai umah pun dah pukul berapa kan.. Penattt sangat.. anak lak merengek-rengek nak makan.. Kadang-kadang kita rasa malas sangat nak layan, dah bagi makan, bersepah pulak, nak kena kemas lak.. adehhh.. pernah jugak saya x layan danish nak mkn bcoz of penat sangat-sangat, juz bagi dia minum susu jekk,, lepas tgk dia tidur, rasa menyesal sangat-sangat..

Sebenarnya kalau ikotkan umur danish dah setahun sembilan bulan, dah boleh makan macam-macam dah.. tapi danish ni sangat memilih makan, macam mummy dia jugak. Dia tak nak makan mengarut-mengarut like roti ke, biskut ke.. dia juz nak makan bubur nasi je, tu pun pilih jugak yang sedap ke tak..

So cara saya, saya sentiasa buat stok bubur nasi untuk 1 minggu trus.. maksudnya, masak siap-siap masa hujung minggu ataupun waktu berkelapangan n then bekukan dalam peti ais.. Biasanya saya akan buat sup ayam atau sup ikan. pastu packing cukup-cukup untuk sekali makan. Untuk nasi lak boleh letak sayur-sayur macam carrot, potong kecik-kecik n reneh bersama  nasi sampai jadi bubur then packing, bekukan.


Yang ni sup ,saya packing agak-agak cukup sekali makan.. huhu saya packing dalam plastik je.. kalau nak packing dalam bekas pun boleh,lagi bagus dan tersusun kemas.. 

yang ni lak nasi yang di reneh hancur macam bubur..


ok, cara nak membuatnye,senang aje.. bila anak nak makan, keluarkan satu bungkus bubur n satu pek nasi, biarkan seketika.. If nak cepat, rendam dalam air.. Then, bila bubur dah cair n nasi pun dah lembik,masukkan kedua-duanya (satukan) ke dalam periuk, panaskan.. Selalunya untuk danish saya akan masak sampai bubur ni jadi agak pekat sedikit untuk menyenangkan proses menyuap n cepat habis...

dannnn, tadaaaaaaaaaaaaaa~

inilah hasilnya..bubur nasi yang sedap,cepat dan di sukai danish

SELAMAT MENCUBA (+_+)


2 comments:

LYAfrina said...

kalo kna cara..smuanya mudah & cepat kan

QUEEN of Heart said...

hehe tu la, yang penting pandai uruskan masa dengan bijak