Followers

Bandung : Part 6~ Makan-makan @Kg. Daun

Assalamualaikum...
Hari ni entri bandung di teruskan lagi.. Huwaaa, lame giler kan nak habiskan cerita bandung nih.. Malas kemain lagik, tapi tak kire, nak jugak habiskan cite Bandung ni... Macam mana ni... Kerajinan..., please la berdampingan dengan ku..

Okey bersambung dari entri part 5 tu ari.. Dari Tangkuban perahu,kami terus pergi makan kat Kampung Daun.. Katanya, kalau datang Bandung, memang wajib singgah makan kat sini..
Sedap sangat la kot, sebab famous bukan main lagi kan.. Tambah pulak perut tengah kelaparan,memang sesuai sangatlah..

Maka perjalanan di teruskan.. Agak jauh dari Tangkuban Perahu ke Kg. Daun ni, Dalam 45 menet lebih kurang.. Jalan pun agak sempit dan menakutkan, curam pulak tu.. Kebetulan masa kami lalu tu,ada sebuah kereta baru je jatuh gaung, ramai orang dok melihat kejadian tersebut.. Lagi la menakutkan.. Tapi sebab  teringin sangat nak mkn kat situ, perjalanan di teruskan..

Antara pemandangan di sepanjang jalan ke Kampung Daun

Juga melalui celah-celah rumah orang.. Jalan kat sini memang agak sempit, dan kebanyakan jalan letaknya antara rumah orang


Setelah lebih kurang 45 menet berlalu, sampai la jugak kami ke destinasi yang di tuju.. Ramai sangat orang makan kat sini, dan kebanyakan yang makan kat sini adalah orang Malaysia.. Pusing kanan,pusing kiri orang Malaysia aje..Heee... Cantik sangat-sangat tempat ni.. Sejuk n Nyaman sungguh.. Sampai je sini, pak supir tolong kami daftarkan nama, dan perlu menunggu pondok makan kosong dulu sebab semua pondok makan penuh.

Depan kaunter pendaftaran tu ada ruangan menunggu.. Tapi kami di beritahu lambat lagi kena tunggu, mungkin setengah jam atau lebih jugak.. Maka pak supir suggestkan kami pergi jalan-jalan dalam ni dulu, menikmati keindahan ciptaan tuhan.. Subhanallah.. Cantik sangat tempat ni.. Penuh dengan tumbuhan semulajadi, batuan dan air terjun.. Bersih dan Selesa..


Memula skali of course la kena bergambo kenang-kenangan dekat signboard nye dulu kan.. Pak supir le jadik kameraman kami.. 

Sambil tunggu papa pegi toilet, snap gambo budak hensem ni dulu.. Kelakar kan Danish pakai baju macam tuh... Haha.. Sebab seluar longgar sangat, hampir terlondeh, terpaksa la bagi dia pakai sweater dan masukkan sweater dalam seluar..Tu pun longgar lagik.. Kesian Danish tak selesa..  Tapi nasib baik cuaca kat sini sejuk je..

Lame pulak papa pegi toilet.. Btw, toilet kat sini sangat-sangat bersih, selesa. Puas hati sangat-sangat..

Laluan menuju ke pondok makan bersih dan cantik, di penuhi tumbuhan semulajadi. Sejuk dan nyaman, i like!

Ni tangga untuk ke  pondok makan di tingkat atas, besar sangat kawasan kat Kampung Daun ni. Cantik kan??  Rugi kalau korang pegi Bandung tak singgah makan sini tau


Lame jugak nak tunggu pondok makan ada yang kosong. Kitaorang teruskan sesi bergambo sakan. Danish dah cuak dah, dengan seluar yang terlondeh.. Tengok.... dia asek dok tarik seluar dia. Heheheh.. Dah la pampers dia memang full masa nih, lagi lah membuatkan seluar dia terlondeh sebab pampers dah makin sarat... Cuaca sejuk, sebab tu dia "shiishii" banyak..


Lepak-lepak kat tempat air terjun dulu sementara menunggu giliran.. Lapo giler dah time nih.. Kat atas air terjun tu pun pondok-pondok makan.. Best kan, makan sambil menikmati keindahan alam semulajadi

Posing duluan ya pak..


Danish pantang tengok air, terus segar bugar..

opssss, tempat cuci tangan pun nak amik gambo ke?? muahahaha

Jalan-jalan-jalan, jumpe air lagik.. Danish automatik akan berhenti... Mamat air sungguh

Setelah hampir 40 menet menunggu..Akhirnya sampai jugak giliran kami.. Alhamdulillah.. Boleh la tukar pampers Danish sambil tunggu makanan siap..

Antara menu yang disediakan di sini..
iga tu maknanya tulang rusuk kalau tak silap
Sop buntut tu sup ekor lah.. Antara menu febret kat bandung ni ...
Cabe tu cili api
Konsep order kat sini, pekerja akan datang bagi kad menu, pastu dia trus blah.. Kita boleh pilih menu lame mane yang kita nak, tanpa segan silu tanpa paksaan.. Once dah siap pilih menu, ko ketuk buluh yang ada kat tepi pondok ni, then waitress akan datang amik order.. 

Gurame ni katanya ikan kaloi... Betul ke idok tak pasti lah pulak..
Tapi, ikan gurame bakar ni antara menu terhangat di Bandung kot.. Sebab most of bloggers cadangkan mesti cuba Gurame Bakar ni.. Memang terbaekkk katanya.. Malam pertama kat sini tu ari, kami dah try gurame bakar ni kat Ampera tu, tapi kat situ memang aku takleh nak telan langsung because of tahap kebersihan kedai tu yang tidak memenuhi spec.. Maka, Kat Kg. Daun ni lagi sekali aku order Gurame Bakar ni. Nak jugak rasa sbb semua orang kata sedap kan.. 


Budak kena marah sebab tak duduk diam.. Buat-buat nangis je tu, saje nak suruh orang pujuk dia

Tepi pondok makan kami ada air terjun mengalir, nice view.. Danish melekat kat situ ajela kejenya... Aku risau takot dia jatuh tergolek dalam tu je, ... Susah betul nak kontrol budak comel ni.. Dia asek ajak kitaorang turun dalam air tu, dia ingat kolam ke hape? hadoiii anak bujangku nih.. Pastu kalau dia tunjuk pape, kalau tak tengok, siap la.. dia akan tunjuk sampai kita layan dia.. 

Ni la view tepi pondok makan kami..

Okeh, makanan dah sampai.. ini aje yang kami order,, Huhu sebab harga makanan kat sini boleh tahan jugak la bagi poket kami yang tak berapa nak tebal nih.. Ikan gurame bakar tu,rasanya boleh la.. Nak kata sedap sangat tak jugak, memang tak leh lawan masakan kat Malaysia kowt bagi tekakku le,,,Hehe.. Rasa ikan bakar yang di perap kicap semata-mata..gitu le rasa nya.. Lagi satu kami order sup iga sapi @ sup tulang versi Malaysia..Mulenya nak order sup bontot, tapi abis.. Takde rezeki kami.. Lagi satu tu Tahu goreng.. Nasi Putih 3.. Rasa makanan kat sini boleh la.. Tapi kenape ntah ngan aku nih, tiap kali lepas makan kat bandung ni, mula la meloya semacam.. Hadoii.. Bukan preggy hokeh..


Gurame bakar yang selalu di sebut-sebut..

Bergambo dulu sebelum makan.. Danish pun naik hairan.. Agaknye bile dia dah pandai bercakap nanti mesti dia akan cakap,, " mummy sebelum makan amik gambo dulu taw..." muehehehe

Licin kami kerjakan..Lapo lah katakan.. Kami ajak pak supir makan skali, tapi dia tanak.. oH lupe, air aku order bandung cincau, incik suami order air susu cola... Semua air dalam menu tu pelik-pelik.. Last-last aku nampak bandung cincau je yang tak pelik.. Tu yang order air tuh.. Danish tanak makan..

Pondok makan kami betul-betul depan kashir aka cashier le.. hehe

Incik suami pegi bayo...


Harganya ribu ribu uolsss... kihkihkihkih

Kami terus gerak carik pak supir, kat tepi laluan balik, ada sorang budak kecik jual ni.. Kami tak beli pun..

Laluan ke tempat parking 

Pintu gerbang masuk ke kg. Daun

Lepas makan kami terus balik hotel. Kami bagitau pak supir, nak balik rehat kat hotel 2 jam dulu sebelum teruskan jalan-jalan cuci mata lagik.. Lagipun kesian danish nak tido.. Kami pun leh la rehat-rehat, mandi, solat dulu..

Budak kepenatan layan papa n mummy jalan-jalan.. Muka masam kemain lagik tu.. Bila dia penat, mule la dia garang-garang, nak tegur pun tak leh..hahaha.. Dalam kul 6,baru kami keluar balik, Pagi tengok-tengok FO yang ada kat sekitar ni..

bersambung next entri ya... Entri bandung ni panjang lagik tau... huhuhuh..

2 comments:

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com

bercuti murah kat bandung said...

Salam..trip bajet ke bandung!
Jom pegi bandung only RM235 per person for 4day 3 night (*included hotel and transport)

Tentative Program
Day1
*Tiba kat Bandung
*Pasar Baru trade center
*Lunch & Check in Hotel
*Toko Tiga ( Branded Jeans )
*D'fashion factory outlet kain potong
*Membeli-belah di Factory Outlet
At Jalan Riau (Heritage,
Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The
Secret )
*Dinner dan kembali ke Hotel

Day2
*Gunung Tangkuban Parahu
*Ciater Hot Spring
*Kebun Strawberry and tea park
*Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
*Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, gossip,level, etc)

Day3
*kawah putih crater/trans studio indor themes park
*rumah kain sulam kat taman kopo
* cibaduyut-shoes and jacket leather original
*factory outlet area riau street macam the secret, heritage,oases, etc

Day4
*check out hotel
*Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
*paris van java shopping mall
*Airport transfer

Hotel facilities:
-Aircond
-Free Hot spot / wifi
-TV cable
-Free Breakfast Buffet
-Hot & cold water
-Free parking

* room deluxe ~king bed size hotel 2star also include free buffet breakfast

transport facilities:
* bole di gunakan dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam
* include petrol / minyak
* include parkir
* include driver berpengalaman dan bisa bahasa melayu

*we dont need deposit~all payment at last day in bandung

Group yang sudah kami layani
-CIMB Group Company From Malaysia
-Tv 3 malaysia
-My bank group company
-Petronas Company
-Family trip
-Pelajar Trip
-Back pac trip
-Dan lain-lain

Service insya allah memuaskan
Your comfort is our priority


Term and condition :
*included transportation for 4day3night type kereta 7seater all included
*included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
*rate is not included entrance fee
*Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
*rate 6 pax~235rm per person
kalau 4 pax~275rm per person
kalau 2pax~395rm per person
*not included lunch and dinner
*not included ticket flight and airport tax
*we dont need deposit~all payment at last day in bandung

sila contact jika ada sebarang pertanyaan di :
email : touramanahbandung@yahoo.com
call : +62 88 12057848
whatsapp +62 838 2178 9103
bandung-indah.blogspot.com
facebook page : Bandung Amanah Tours & Transport