Followers

Respi tom yam super duper sedapp!!

Assalamualaikum, selamat hari sabtu Uolss...
Harini keje.. Sekolah ganti.. Ganti cuti raya aji tu ari.. Cuti nak, ganti malas... Huarghhhhhh [menguap].. Ngantokkkks~
Da lama jugak tuan belog  tak jenguk belog ni since raya aji ari tu...
Arini nak syer satu resepi yang agak familiar di kalangan kita iaitu  Tom Yam..
Sedap kan, Sekali makan, memang berhantu lahh..
Dulu aku pun heran jugak, macam mana la tom yam kat kedai makan tu di masak dengan begitu sedap, tapi bila try buat kat umah, tak sedap pulak.. kannn??? memang tak sama, pikir punye pikir, mungkin dia guna sume bahan-bahan made in Thai kot..
Lama jugak la aku buat eksperimen pasal resipi tom yam ni, try masak dalam pelbagai cara, akhirnya... Yessss!!! menjadik hokeh.. Kali ni memang Hampir sama dengan rasa kat kedai tom yam tu.. Alhamdulillah..

Maka, tak ada guna resepi yang sedap ni kalau tak di kongsi bersama right??..
Sharing Is Caring youu..
Inshaa Allah sedap... Bagi aku memang sedap, tapi tak tau lah citarasa orang lain macam mana..heee
Jom cuba, jom jom..

RESEPI TOM YAM ALA THAI
(resepi utk 2 orang makan)

Bahan-bahannya :

1 paket pes tom yam adabi
2 batang serai - dititik
11/2  inci lengkuas-di potong empat
sebiji bawang besar - di potong empat
4 tangkai cili api - di ketuk
sebiji tomato
sebiji limau nipis - perah, ambil jusnya
10 tangkai kubis bunga
3 biji baby corn - dipotong kecil
sedikit lobak merah di potong kecil
satu sudu besar sos tomato
satu sudu besar sos cili
satu sudu besar cili giling - jika suka
sedikit isi ayam - di potong kecil
*sedikit seafood -udang/sotong - jika suka
*(direbus asing, toskan untu menggelakkan air rebusan in menganggu rasa tomyam)
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

Rebus isi ayam bersama serai, lengkuas
Apabila mendidih , masukkan pes tomyam, cili giling, cili api,kubis bunga, baby corn dan lobak merah. 
Biarkan selama 3 minit / sehingga sayur masak.
Masukkan bawang besar,  sos tomato, sos cili.
Masukkan tomato, perahan jus limau nipis, gula dan garam.. biarkan 2 minit.
Masukkan seafood, tutup api.
Siap untuk dihidang.

*Sumber google

~ Rahsia mendapatkan tomyam yang betul-betul kaw adalah cukup kepekatannya,cukup rasa pedas, masam, masin dan manis.. Inshaa Allah sedap.. Cubalah~

*Tuan belog telah menukar bahasa diri kepada "aku" lah pulaks.. haihhh kurang pendirian betul ko nihh... muahahahahaha.. tapi, tuan belog shuke dan merasakan lebih mudah dan mesra bila bercerita.. 
okeh smile~ tata~


No comments: