Followers

Bandung : Part 5~ Tangkuban Perahu

Assalamualaikum..

Arini update lagi entri bandung yang dah sekian lama tertunggak, cerita basi again..Heee, takpe lah, tak kira, nak cerita jugakk..

Ari ketiga kami kat sana, baru lah kami mengupah sorang pak supir untuk bawak kami jalan-jalan.. Kalau ikot kami punya itinery asal, arini nak p tangkuban perahu, pastu jalan-jalan kat FO yang ada kat sini.. Tapi, ada anak kecik ni susah jugak nak ikot kepala sendiri.. Ada time dia nak tido, nak berehat..

Ari ketiga di mulakan dengan breakfast cam biasa lah..
Bismillahirrahmanirrahim... 






After breakfast, kami pun bagitau staff hotel tu minta panggilkan pak supir yang memang dah ready awal-awal tunggu kami dari pukul 8 pagi lagik..Maka annoucement di buat, dan pak supir datang dengan penuh bergaya membawa mobil jenis toyota Innova.. Kami membayar sebanyak RM180 untuk supir bawa kami ronda-ronda selama sehari suntuk itu..



Tanpa membuang masa, pak supir terus membawa kami ke Tangkuban Perahu.. Hujan rintik rintk membasahi bumi.. Dah cuak jugak masa tu, kalau hujan terus, macam mana kami nak menikmati keindahan ciptaan tuhan di sini, tapi Alhamdulillah, sebaik kami sampai, hujan berhenti..


Suasana di tangkuban Perahu... Cuaca tersangatlah sejuk, cam duduk dalam peti ais,, mungkin juga di sebabkan faktor baru lepas hujan


Kenderaan yang banyak di bawah tu, majoritinya kenderaan supir yang bawak pelancong dari Malaysia.. Suasana di sini tak ubah macam duduk di Malaysia, sebab kiri kanan orang Malaysia..HEHE..

Amik gambo dulu..Huuuuu sejokkk yang amat.. kesian danish, muka masam tahan sejokk

Kawah gunung berapi.. cantik sangat-sangat.. Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan Tuhan..
Pak supir ada jugak cerita pasal sejarah macam mana nama tangkuban perahu ni diperolehi, tapi dah lupa..Huuuu. ampunnn~ maklum la, dah beberapa bulan masa berlalu.. sejak dua menjak ni memang pelupa.. 




Introducing our pak supir (baju kaler oren)... Nama dia pun i dah lupa... Teruk kan.. Hadoiii.. Tapi pak supir kami ni baik orangnya.. Umur lebih kurang kami jugak.. Suka bercerita pasal isteri n anak dia aka bapak penyayang lah ni.. Memula agak tak paham jugak bila dia bahasakan anak dia tu sebagai "budak".., lame-lame baru paham..


Cantik sangat pemandangan kat sini.. Subhanallah..
Untung jugak ada pak supir ni, ada la kameraman yang boleh tolong amikkan gambo kami..hehe

Biarlah gambar-gambar ini yang berbicara sendirik... ecewahhh... Padahal tuan belog dah banyak lupe peristiwa yang berlaku..




Kat sini jugak ada banyak gerai-gerai sourvenier..Tapi pak supir pesan harga kat sini agak mahal berbanding kat pasar baru... Kalau nak beli jugak, kena pandai-pandailah tawar menawar..



Papa belikan kami bertiga baju bandung... 3 helai dapat RM 28, papa n mummy baju tshirt sahaja, danish lak baju n seluar one set.... mahal ke murah ek?/okeylah kottt kan..


Cantik ira kayu ni.. Pakcik ni jadik tumpuan, jual barangan berasaskan kayu cantik ni..

Gerai ni ada jual jam hard rock cafe pelbagai saiz.. Papa beli jugak 1, amik yang saiz sederhana.... Tak tahan dugaan..


Sementara kami sibuk membeli belah, danish di jaga rapi oleh pak supir..


Di Tangkuban Perahu ni, kiri kanan ada penjaja yang akan menawarkan pelbagai barangan yang di jual.. Kadang-kadang mereka akan sedikit memaksa jugak.. Macam tu lah halnya terjadi pada papa, dek kerana tergoda dengan pujuk rayu penjual cincin ni, maka dia telah membeli jugak cincin yang di jual pakcik ni.. Pastu nyesal tak sudah... Nasib la papa oii..
Bergambar kenangan sebelum balik..

Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk makan-makan di kampung daun.. tempat makan yang paling popular kat sini... Next entry ya...huhu..

3 comments:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Cnteknye pemandangan kt cni..teringin gak nak ke bndung ni tp hajat lom kesampaian lg..hukhukhuk

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Cnteknye pemandangan kt cni..teringin gak nak ke bndung ni tp hajat lom kesampaian lg..hukhukhuk

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Cnteknye pemandangan kt cni..teringin gak nak ke bndung ni tp hajat lom kesampaian lg..hukhukhuk