Followers

Bandung : Part 4~ Jalan-jalan Pasar Baru

Assalamualaikum..
Hari ni nak continue cerita pasal cuti-cuti bandung lagi. Danish sibuk layan tab, mummy boleh la berblog.

Hari kedua kami kat bandung jatuh pada hari ahad. Memandangkan hari ahad ialah weekend dan jalan jem, kami amik keputusan untuk tidak mengupah supir. Yelah, nanti bayar mahal-mahal dok berejam-jam dalam keta je, rugi jugak kan.. 
So,amik keputusan hari ni jalan-jalan tengok suasana kat pasar baru jelah. Orang kata pasar baru syurga membeli belah kat bandung. Jarak hotel tempat kami tinggal ke pasar baru ni  dalam 10 minit, lebih kurang.

Papa baca paper dalam bahasa indon while waiting mummy bersiap-siap.. Budak comel kena tarik tinge sebab kacau papa..Gurau-gurau manje gitew

Posing dulu sebelum turun breakfast n jalan-jalan.. ya ampunnn,, bersepah bilik den

Budak tak sabar nak naik lif, eksaited sungguh tiap kali naik lif,,, haha

mummy pun tumpang sekaki

nangis sebab mummy marah, danish nak main sudu garfu pisau n segala macam kat atas meja tu. Ramai jugak keluarga dari malaysia pada hari ni..

Lepas makan-makan, danish ushar awek lak.. haish!! like father like son lorh!!  hehe, jangan marah ye sayangku, gurau-gurau aje

Lepas breakfast kami terus keluar ke Pasar baru.. Untuk ke pasar baru ni, kami terpaksa memanjat jambatan ni, agak tinggi n curam jugak, tambah-tambah bila dukung anak, terasa tinggi lah jugak.. Jambatan ni sebenarnya digunakan untuk melintas laluan rel keretapi kat bawah tu

Trafik masih lagi terkawal, sebab masih pagi lagi..

Sampai je kat pasar baru, orang ramai penuh sesak.. Ramai sangat orang.. Penjual di situ bagitau hari minggu memang selalu ramai macam ni n tambah-tambah lak kebetulan hari gaji.. Memang ramai orang, agak rimas jugak la..

Suasana di pasar baru..., ada 6 lantai kot kalau tak silap..hehe, lupe sudahh..

Ramai sungguh orang malaysia kat sini, pusing kanan pusing kiri jumpa orang malaysia.. Kami juz survey-survey n tanya harga je dulu, belum berniat nak beli lagi,, cadangnya hari selasa baru nak datang shopping. Kena kira bajet jugak, simpan untuk jalan-jalan dulu.. Takot ter over shopping kang susah pulak.. Kami juz bawak duit poket Rm 2000 aje, itulah yang akan diguna untuk makan, shopping, bayar supir dll..sebab tu kena berjimat cermat.. Cadangnya duit balance nanti baru nak habiskan kat pasar baru ni..hehe.. Barang kat sini ada yang murah, ada yang harga lebih kurang di malaysia. Tapi kalau pakaian,cam blouse, kain, telekung.. memang terlampau murah.. Rambang mata youu..

Dah puas ronda-ronda, kaki pun dah lenguh-lenguh, kami singgah  minum-minum.. Kat pasar baru ni ada medan selera, letaknya di lantai paling atas.. Papa order " es kacang merah".. yang peliknya, diletaknya kacang merah dalam air milo,n dalam tu jugak ada isi kelapa..haha..manis sangat-sangat.. tak habis..

Mummy lak order air ape tah namanya, lupe.. Tapi air tu air kelapa, di dalam nya di campur macam-macam, ada agar-agar, biji selasih n lain-lain.. Danish lak air milo, terlebih manis jugakk..

Antara gerai-gerai makan di pasar baru ni..

Tengok ayamnya, kecik-kecik kan,, kami tak makan pun kat situ, juz tapau nasi n sup bontot, balik makan kat hotel.. Danish berselera bukan main.. Lebih kurang pukul 3 kami gerak balik hotel. Pasar baru ni tutup awal, pukul 4 kalau tak silap, sebab sini pukul 5 dah gelap.. Kat sini awal sejam dari malaysia. Balik bilik, terus tido tak hengat donia..hahaha, kepenatan dan keletihan kaki..

Malamnya kami juz lepak-lepak lobi, berwifi sambil update status kat fb..hahaha

Si comel main panjat panjat tangga. Hadoiii, 

Danish lagi.

Lepas tu, mummy ngan danish naik bilik, papa keluar tapau makanan.. Papa tapau nasi goreng, dia makan sorang je,i dah kenyang.. dan , malam tu jugak dia kena cirit birit sampai tak leh tido..haha, kesian.. Dah pesan jangan beli makanan kat gerai tepi jalan, dia nak jugak beli..

Itu ajelah aktiviti kami pada hari kedua.. Esoknye barulah kami upah pak supir.. Stay tuned ya..
Tata~

No comments: