Followers

Nasi ayam lagikk

Salam semua..
Selamat bercuti pada yang bercuti hari ni.. cuti 3 hari...oyeahhhh!! Danish tido, sempat la mummy curik masa berblog kejap..

Harini masak nasi ayam lagi.. Sebab senang, cepat dan sedap.. Lagipun berdua je dengan danish,papa balik kampung amik adik ipar n mom in law..

Lately makin seronok masak.. i love cooking so much.. Banyak improvement skang ni.. Dulu kalau masak langsung tak sedap, skang ni alhamdulillah.. Betul kan orang kata, praktis make perfect.. Masak-masak ni, kalau ada orang tukang makan, lagi seronok masak.. Satu kepuasan, tambah lagi kalau tengok yang makan tu bertambah tambah..kannnn~

Maka hari ni nak syer resipi nasi ayam sedap.. Dalam bulan ni aje, dah 3 kali buat nasi ayam.. Maka penambahbaikan telah di buat pada resepi nasi ayam ni mengikut selera sendiri..

RESEPI NASI AYAM


Bahan-bahannya :

Untuk rebusan ayam:
Stengah ekor ayam
1 inci halia
2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah
1 kiub pati ayam
(campurkan kesemua bahan,rebus sehingga ayam masak)

Untuk nasi :
2 cup beras
1 inci halia - di tumbuk lumat
2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
sedikit serbuk kunyit
Sebatang serai
Air rebusan ayam
1 sudu besar butter

Panaskan periuk,cairkan butter, tumiskan halia dan bawang yang ditumbuk tadi hingga naik bau,masukkan serai, serbuk kunyit. Kemudian masukkan beras, gaul rata. Masukkan pula air rebusan ayam, kacau sedikit, kemudian masak dalam rice cooker seperti biasa

Untuk perapan ayam :
toskan ayam yang direbus tadi
masukkan 1 sudu besar madu
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos abc
2 sudu besar sos tiram
1 inci halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
(gaulkan kesemua bahan, perap selama satu jam, kemudian goreng atas api sederhana dan goreng sekejap sahaja)

Untuk sambal :
6 tangkai cili kecil
2 tangkai cili besar
2 sudu besar cuka
Sebiji tomato
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
sedikit air rebusan ayam
(blendkan kesemua bahan tadi dan panaskan di atas api seketika)

Untuk kicap :
Panaskan baki perapan ayam tadi di atas api seketika. Jika terlalu sedikit, campurkan kicap lain dan sedikit air rebusan ayam.

Untuk sup :
rempah sup bunjut adabi
1 inci halia -ditumbuk
2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah - ditumbuk
Sebiji tomato kecil
sedikit daun sup
garam, gula secukup rasa
Air rebusan ayam

Tumiskan halia, bawang, dan rempah sup bunjut sehingga naik bau, masukkan air rebusan ayam tadi. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa, masukkan tomato dan daun sup. Biarkan seminit dan tutup api.

Siap.. Hidangkan bersama salad , hirisan timun juga hirisan tomato.
Nampak macam panjang kan resepi ni, tapi sebenarnya kalau dah berkali-kali buat, senang cepat dan mudah je..Hihi.. Selamat mencuba~

No comments: