Followers

Weekend di Kuantan ~ Gambang Waterpark

Assalamualaikkum dan, salam 1 malaysia~

Weekend lepas kami sekeluarga pergi bermandi manda di gambang water park. Actually da lame terpikir nak g tempat ni, tapi kalau sekadar kami bertiga (papa+mummy+danish) je, x best lah kan.. So, bersempena adik-adikku datang bertandang ke chenor ni, maka niat yang telah lama tersimpan itu di tunaikan..

Alhamdulillah, best sesangat aktiviti kali ni, Danish lah budak paling hepi sedunia. Selama ni duduk berendam dalam baldi bilik air je, jumpe kolam besar, terus tak hengat dunia.. Siap menggigil kebiruan pun tanak balik lagi..Hahahahaha~ Danish hepi, mummy pun hepi la kan..

Memula niatnya lepas subuh terus nak bertolak pegi gambang.. Yela , kalau lewat sangat, cuaca panas, nak mandi pun tak syok, sunburn lagikkk..Tapi apakan daya...hehehe... Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 11.30 pagi.. Berhenti makan kat Maran n teruskan perjalanan ke Gambang.. Sampai sana lebih kurang pukul 2 petang.. Dekat je sebenarnya, dari Chenor ke Gambang lebih kurang Sejam gitu je..

Gambo tak berapa banyak di sebabkan kami mandi puas-puas dulu, after that baru p carik kamera amik gambo..  Okey, jomsss layan gambo

 Yang ni dalam kereta, otw perjalanan menuju ke Gambang,, Budak Eksaited terlebih.. Kejap dok belakang,kejap dok depan kat mummy..

 Dah sampai dah.. Alhamdulillah.. Yang ni pintu masuk ke waterpark

 Mummy beratur beli tiket.. Bawak beg tak glemer langsung.. Muahahahaha.. Dalam tu penuh berisi kain baju hokeh..Harga tiket RM23 dewasa didarab 4 orang... Danish percuma sebab bawah 90cm.. Lepas tu topap e-Value RM50 ,sebab kat dalam tu tak di benarkan membeli menggunakan wang tunai.. So bila nak beli pape kat dalam waterpark tu, juz hulur tag kat lengan kita n orang kedai akan scan kat bar code kat tag tu.. Jangan risau, kalau tak habis guna, baki cash akan di pulangkan balik pada kita.

 Setelah pembelian tiket selesai, kami terus masuk ke dalam. Kat sini beg kita akan di selongkar oleh pekerja yang menjaga bahagian ni, sebarang makanan tidak di benarkan bawak masuk. Nak makan, kena beli makanan yang di jual di dalam ni ya.. Harga of course double la kan..Huhu... Tapi bagus jugak, at least kebersihan tempat ni terjaga, kita pun rasa selesa nak bermandi manda..

 Seee~ Budak kecik over eksaited tooo!!

 Okeh, benti amik gambo kat map dulu sebelum meneruskan perjalanan

 Perjalanan menuju ke kolam diteruskan.. Walaupun matahari memancar dengan megah di atas kepala, budak comel ni tetap bersemangat meneruskan perjalanan.. Opss mummy dok watpe tu?? APE LAGIKKK, update status kat fb le tew...haha

 Hampir sampai dah ni,, Danish mula terpegun

Memula sekali kita akan jumpa kaunter  sewa menyewa.. Haritu kami sewa 1 locker, RM6 + deposit RM 9, total RM 15. nasib baik bawak beg kecik, muat-muat 1 locker..Locker dia memang kecik sangat-sangat, taktik suh sewa banyak-banyak kot..heee~ Kemudian kami sewa 1 tube family..harga lupe sudahh~ Satu jerk cukup lah, besor gedabak, nak angkut sana sini susah.. Gilir-gilir main.. Hahaha elakkan pembaziran jugak.. Kalau bawak anak kecik @ mak ayah boleh la sewa cabana (wakaf).. Kami tak sewa pun, sebab semua berniat nak terjun kolam tanpa ada niat untuk beristirehat, santai santai tengok orang mandi manda..

 Posing seround before membasahkan diri.. Hahha sebenonye dok risau pk nih, panas sangat, takot sunburn.. Mak ni dah le tak berapa nak cerah dah..Hadoii.. 

 Jom pegi terjah kolam jomsss.. Si tecik comel ni pun sebok nak bawak tube jugakk. Layankan ajelaa..

 Sampai dah di kolam pertama.. Danish memula takot @ malu-malu meowww

 Terpegun tengok ikan kat atas tu memuntahkan air.. Memula di kumpul air tu penuh-penuh, kemudian dia muntahkan ke bawah,, Time dia nak muntahkan air, ramai dok tunggu kat bawah tu..

 Dia dah start masuk air dahh.. Teruja di situ

 Papa bawak danish naik gelongsor, suka bebenor dia.. bak kata orang kelate, ''GALOKss sungguh"

 Suke...suke...suke...

 Rehat kejap tengok orang main lak..

 Posing lagikkk..

 Lepas tu kami p terjah kat coco beach lak.. Sini konsepnya cam pantai lah, ada pasir pantai, pokok kelapa,air berombak-ombak.. Best giler main tube kat sini, tapi yang tak best, tempat kecik, orang ramai, asek teralanggar orang je kekdahnye~

 Seee>>>> ramai giler orang kat blakang tu.. tapi best.. kalau cuaca mendung lagi best..

 Budak ni duduk je kat gigi air, main ombak... Cikna la jugak terpaksa melayan..

 Oh!!! ini dia kameraman kami, merangkap papa danish , jugak suamiku...kikiki.. Tenkiu yer darling amik gambo kami..

Danish menggigil kesejukan, tapi still tanak balik jugak... ohhh, btw, kat belakang tu kafe tempat makan-makan

Ok..dahhh... ini saje gambo yang ada.. ada lagik beberapa aktiviti lain, tapi tak amik gambo.. eg: papa main slide gelogsor tinggi giler.. Hehehe, pucat lesi muka papa time tu..

Kemudian p simpan kamera n berendam lagi seround sebelum balik.. Komen i, bayaran RM23 seorang utk masuk ke sini sangatlah berbaloi-baloi..

Kami keluar dari sini kira-kira pukul 5 petang... Pastu gerak p homestay.. Gedik nak dok homestay, padahal bukan jauh pun dari rumah..Hahah.. Suke ati i lah kan kan kan.. Cite homestay n hari kedua di next entry ye.. Tata~ Wassalam..

1 comment:

Masya said...

seronoknya dah sampai gambang ...