Followers

Terasa Hati~

Assalamualaikum n selamat pagi semua..
Semoga hari kita hari ini lebih baik dari semalam.. Inshaa Allah..

Semalam saya terasa hati.. Sedikit tersentuh.. Hati saya lembut.. Mungkin orang tidak berniat begitu, tetapi saya terasa..
Hari ni pun masih teingat -ingat lagi..
Subhanallah... syhhhhhh` p jauh-jauh perasaan ini~ tak shuke tak shuke tak shuke okey~

Tkde ape pun sebenarnya... Hanya kerana isu breastfeeding je pun.. Mungkin tidak sensitif bagi orang lain, tapi iya bagi saya insan yang serba kekurangan ini..

Ya, memang betul.., saya memang tidak dapat bagi Danish exclusive breastfeeding.. Tapi..bukan sebab saya malas @ saje2 tanak bagi.. Ada sebab.. Bersyukurlah jika anda dpat bagi anak anda full bf.. Bersyukurlah!! Jangan riak n takabur.. Jangan mengata orang macam-macam.. Semua ibu pun semestinya nak bagi yang terbaik untuk anaknya.. Tak ada seorang ibu pun sanggup melihat anaknya sakit-sakit kan... Bersyukurlah dengan kurniaan Allah kepada kamu..

Dulu saya pernah bertanya kepada kawan-kawan, susu formula ape yang terbaik untuk anak sebab anak saya sembelit minum susu Snow, S26.. then ada kawan incik suami memerli saya dengan mengatakan "..kenapa perlu bagi susu formula, bagi la bf..itu je yang terbaik...xde yang lebih baik utk anak selain bf...jangan malas.. jangan beri alasan..saya pun keje jugak, boleh je bagi..."
Ya..mungkin dia tidak berniat apa-apa pun... tapi saya terasa... Sangat-sangat~

Dan kemudian isu ni timbul lagi, bila saya bagitau anak saya batuk-batuk susah sembuh... Mungkin antibodi anak saya kurang baik... Then... Isu bf timbul lagi... membuatkan saya terfikir, teringat-ringat sampai menganggu tidur.. Saya cuma mintak bagi pendapat atau mungkin pengalaman kawan-kawan yang mungkin pernah mengalami situasi sama macam saya.. Bukan minta untuk di beri pandangan sinis..


Masa Danish lahir, saya dah cuba bagi dia bf.. Sudah cuba berkali-kali...Tapi dia xpandai nak nyot-nyot.. Ada sebab.. Saya iktiar cara lain.. Saya perah susu... dengan semangat, dengan penuh kasih sayang, cuba untuk beri yang terbaik untuk anak tersayang..  Banyak sangat dapat...Tapi...., susu yang di perah dibuang.. saya menangis meraung meronta sekuat-kuatnya dalam hati... Selepas umur danish 3 bulan, saya terpaksa pulang bertugas di Langkawi.. Dalam keadaan berjauhan dengan suami.. Danish terpaksa di tinggalkan di kg. Saya tidak bawa danish bersama memandangkan baki hari bertugas hanya lebih kurang 3 minggu sebelum sekolah bercuti panjang.. Lagipun danish masih terlalu kecil, saya pula tiada pengalaman menjaga anak.. Risau apa-apa berlaku, memandangkan berjauhan pula dengan suami n keluarga..

Kemudian.. Saya mendapat berita gembira, dapat bertukar ke Chenor,pahang .. Mungkin rezeki anak.. Alhamdulillah..Walaupun dapat bertukar ke Pahang,tetapi still lagi berjauhan dengan suami.. Suami di raub.. At least tidak lagi perlu bergegas untuk naik feri @ flight ke langkawi.. Sibuk menguruskan pertukaran sekolah, mencari rumah sewa, Danish di tinggal di kg lagi sehingga jumpa pengasuh yang sesuai, memandangkan ibu saya meletakkan syarat yang banyak untuk pengasuh Danish.. Danish mula tinggal dengan saya ketika umur lebih kurang 7 bulan.. Dan masa tu susu badan saya pun dah kering sebab dah lama tak menyusu..

Tapi saya bersyukur.. Betul kan.. Kita merancang, tapi Perancangan Allah itu lebih baik... Walaupun saya terpaksa tinggal Danish di kampung untuk beberapa bulan, tapi Allah gantikan dengan kehidupan yang lebih selesa.. Saya dapat bertukar ke Chenor, lebih dekat dengan suami walaupun masih berjauhan.. Dapat bawa danish tinggal bersama.. Alhamdulillah.. Terima kasih pada mereka yang sentiasa  memberi semangat kepada saya untuk terus kuat menjalani kehidupan..

Setiap manusia akan di uji dengan ujian berlainan.. Bersyukurlah jika kita di beri kelebihan dan janganlah merungut dengan kelemahan diri.. Ingatlah, Allah sentiasa bersama kita.. Ujian akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T..

Sekian..
Wallahualam...

1 comment:

Nik said...

sabar la jiey. susah nak bagi org lain faham , lagi2 kalu benda tu dia tak alami sendiri.