Followers

Weekend di Kuantan ~ Homestay n Makan-makan @ Tanjung Lumpur

Salam semua..
Arini nak sambung cerita semalam..

Okey, lepas penat-penat kami mandi manda main air kat gambang, kami pun menuju ke kuantan untuk ke homestay yang telah di booking pada awal pagi tu jugak.. Hehehe x plan pun nak dok homestay ni sebenarnya.. Cadangan awal kat incik hubby nak booking hotel murah-murah kat kuantan tu.. Sebab kat kuantan ada banyak hotel yang murah tapi selesa yang amatt kan.. But incik hubby cakap x payah la nak membazir, kita dok home stay sudahhh~ wahahaha, baiklah!!

Why nak dok homestay? padahal gambang dengan chenor lebih kurang sejam lebih cket2 aje kan.. Huuhuhu, saje lah ngada-ngada..Dah bosan dok umah sendirik..kihkihkih.. Kalau dok homestay, leh rilek-rilek, xpayah pikir nak basuh kain, lipat kain, kemas umah.. Balik kang baru kita mendouble kan usaha membasuh kain ya.. Lagipun cadangnya malam tu nak p lepak-lepak kat teluk cempedak n makan-makan kat tanjung lumpur.. Katanyee la.. Tapi dah semua kepenatan yang teramat, lepas makan-makan terus balik tido ajolah.. 

Okey, ni la homestay tempat kami menginap malam tu..3bilik, 1 bilik air.. Sedikit komen pasal homestay ni:

* Homestay ni cantik gilosss di punya interior design.. Why i cakap cenggitu? bcoz, rumah ni rumah teres kos rendah aje, tapi, tuan rumah ni sangat la kreatif mendekorasi kan rumahnya sehingga ia menampakkan rumah ini sangatlah ekslusif di dalam nya.. Dalam gambo tak la nampak cantik sangat,tapi serious puas hati.

* Tahap kebersihan memang sangat-sangat memuaskan. Tip top, bersih tanpa ada sebarang habuk pun.. Mungkin sebab baru lagi kot.. Tuannya pun baik, siap becerita kisah di sebalik pembukaan homestay beliau ni.

* Tapi.......................................................yang tak bestnya tekanan air sangatlah slow..huhu, nak madi memang tak puas,. Tambah-tambah spesis cam i nih, mandi berejam-jam..

*Lagi satu, rumah ni tadak ekon..sebab tu harganya murah aje, RM90 per night.. Panas la jugak.. Huhuhu, berpeluh,peluh danish.. Sebab dah terbiasa dengan cuaca sejuk kat chenor kan.. Mungkin jugak sebab sini kawasan perumahan yang baru membangun, pokok-pokok telah di tebang dengan rakusnya, maka pemanasan global telah berlaku.. Itu pun kami berlima je kat dalam rumah tu, kalau ramai-ramai tak tau la macam mana..huhuhu..Mungkin next time tuan rumah ni boleh pertimbangkan untuk memasang ekon dengan menaikkan sedikit caj sewa.. Hihihi,sekadar pendapat ajew.. Ampunnn tuan rumah..


Pagarnye pun dah cantik kannn

Suasana depan rumah..Ada buai, danish suka betull..

Dekorasi simple tapi kemas

View dari sudut lain

Tv pesen lama je, astro takde.. Takpe la takde astro pun, bukan sempat pun nak layan tv,masing-masing kepenatan..Tapi kalau ada bagus jugak kan..

Bilik utama..Ada katil, meja solek, dengan almari pakaian

Almari dan meja solek

Part ni yang paling i suka.. Ini yang menampakkan dekorasi nye sangat naik, bila di letakkan penghadang kayu buatan sendiri tu, bagi memisahkan ruang ruang dapur dan ruang tamu.. Cantikkk.. Serious kreatif yang amat diaorang ni..

Yang ni bilik belakang, Disediakan katil dan almari pakaian je

Yang ni ruang dapur.. Ada peti sejuk dan dapur disediakan, tapi tak dibenarkan memasak, juz untuk masak air je okeh.. Ini bagi menjamin kebersihan homestay ni la.. Air mineral yang banyak disediakan secara percuma oleh tuan rumah.

                  Tandas dan bilik mandi berasingan.. Tahap kebersihan memang tip top.. Juz tekanan air je slow...

Kalau ada sesape yang berminat,boleh la kontek number tuan rumah kat bawah ni.. Ceeewahh, tolong promosi lak, ada komisen tak ni?? Hehe..


Malam tu pulak kami meneruskan aktiviti dengan pegi makan-makan kat tanjung lumpur.. Tempat wajib bila kami ke kuantan.. Kali ni pegi kedai Super Top lagik, sebab makan kat situ agak sedap dan harganya memang berbaloi-baloi..
Masing-masing kebosanan menunggu.. Kami order tomyam seafood, Sotong masak kicap, telur dadar n ikan merah bakar.. Why ada dua tomyam n dua sotong masak kicap tu? Hehehe, saje buat asing-asing macam tu sebab takut adik-adikku segan nak makan.. Kalau buat macam tu, konfirm diaorang tak malu kan.. Satu mangkuk utk i n icik hubby, satu mangkuk lagi utk dorang berdua.. Gitulah kesahnyee..

Tomyam..

Sotong masak kicap.. Febret incik suami

Telur dadar..

Timun n sambal belacan.. Febret danish.. Kalau danish tak tido, kompom abis timun ni di makannye.. Anak i sorang tu minat sungguh makan timun



Ikan bakar petai.. Sedapp

Alhamdulillah, murah rezeki incik suami belanja kitaorang makan.. tenkiu darling~

posing lagi dan lagi... Ehhh, mana danish??? Danish tido dalam keta lew..huhu..Jangan risau, tingkap semua di buka, keta lak parking depan meja makan kitaorang je..

Turn kami lak posing~
Total makan-makan pada hari tersebut juz RM 75 shj. Murah kan.. That's why kami suka datang sini..

Signboard kedai ni

Ruang tempat dorang buat ikan bakar n ape-ape je yang bakar-bakar..hehew

View keseluruhan kedai ni..

Danish dah bangun tido.. Alahai bucuk-bucuk mummy nih, orang dah siap makan baru dia nak bangun......

Okey tamat sudah hari pertama.. Cerita bersanbung pada next entri ya... tata~

1 comment:

Nik said...

lama doh tak gi kuantan. bestnyer mkn kat tanjung lumpur. sedap jea tgk mkanan dia